December 18, 2024

PELIK pembangkang di Malaysia. Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja menjerat leher sendiri?

Tiba-tiba video keratan pendek YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sedang berduet menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para hadirin ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidil Fitri Perpaduan Madani Masyarakat Bersama Polis Peringkat Parlimen Tangga Batu Melaka sengaja dijadikan isu oleh geng barua mahacai broker politik murahan.

Budaya menyanyi lagu-lagu klasik sememangnya menjadi kelaziman di Melaka. Samada di majlis keraian rakyat seperti majlis kahwin atau pun di majlis rasmi tertentu. Kelaziman ini sudah dianggap ‘budaya’ bagi rakyat Melaka. Bergurindam, bersyair dan berpantun dengan iringan muzik ringan bukan suatu kepelikan atau perkara janggal bagi rakyat negeri ini.

Yang menjadi persoalan dan tidak terjawab sehingga hari ini adalah bagaimana Menteri Besar Kedah, Sanusi boleh menyanyi lagu rock dengan alasan memperingati kematian seorang lagenda penyanyi rock negara? Bukankah sepatutnya menghadiahkan bacaan Al-Fatihah atau Tahlil?

Nampaknya musuh kerajaan perpaduan sudah tiada modal untuk membangkitkan amarah rakyat terhadap pemimpin utama kerajaan termasuk pemimpin kerajaan negeri pimpinan UMNO-BN.

Kecelaruan pembangkang sudah mencapai tahap kronik. ‘Halal’ di Kedah dan ‘haram’ di negeri yang ditadbir oleh selain daripada PAS?

Sanusi boleh menyanyi ketika rakyatnya menghadapi pelbagai masalah termasuk masalah air yang tiada kesudahan dan pemimpin selain dari parti mereka tidak boleh?

Semakin teruk nampaknya geng macai broker politik. Meludah ke muka sendiri sepanjang masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *