November 17, 2024

Pelakon Azrel Ismail merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati pada tahun hadapan.

Memetik sumber, Azrel berkata dia dan kekasihnya itu sudah menjalin cinta sejak setahun yang lalu. Ujarnya lagi, wanita tersebut hanya wanita biasa dan bukan dikalangan artis.

“Dia hanya wanita biasa dan bukan kalangan artis serta berusia awal 20-an, tidak bertudung dan berasal dari Kuala Lumpur. Pada usia sekarang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.

“Kami juga sudah berbincang untuk membawa hubungan percintaan yang terjalin ke fasa perkahwinan. Insya-Allah, jika tiada aral pada tahun depan,” katanya.

Bagaimanapun, Azrel berkata dia belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan identiti bakal iseterinya itu. Ujarnya lagi, dia juga akan berkongsikan tarikh majlis kahwinnya kelak.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai teman istimewa itu kerana bimbang jika yang dirancang tidak menjadi.

“Bila sudah ada tarikh untuk majlis perkahwinan nanti, saya tidak akan merahsiakannya dari pihak media dan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, Azrel mengakui sudah serik untuk menjalinkan hubungan dengan rakan artis yang tidak berjalan lancar untuk ke fasa lebih serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *