Tadi aku ke 99 Speedmart nak beli pasir kucing. Masa aku keluar kereta aku terserempak dengan lelaki ini. Resah aku tengok. Eh dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia ape hal? Macam nak rompak aku je. Berkata hati jahat aku 😏 Padahal dia cuma nak lalu je.
Aku pun gerak terus masuk Speedmart. Lepas tanya pekerja Speedmart mana pasir yang aku nak, aku terus ke lorong belakang. Masa on the way ke belakang aku nampk lelaki tadi ade depan cashier. Duk tengok kiri kanan. Sudah! Mamat ni apa ni. Nak rompak ke. Aku cuak habis. Aku perhati dia, sambil acah acah aku pilih barang. Aku terdengar dia cakap dengan cashier dengan nada perlahan. Tapi sangat jelas kat telinga aku. Di tangannya aku ternampak dia pegang kad ATM.
“Dik, abang nak tanya, abang nak beli maggie dengan beras, kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik cancel salah satu”..
Berderau darah aku!😭😭 Koyak pecah teruk hati aku bila dengar. Ya Allah orang yang aku sangka macam perompak rupanye tengah struggle.
“Boleh bang. Kejap lagi saya check kan untuk abg” – balas cashier
Settle aku ambil barang yang aku nak aku terus ke cashier.
“Dik abg tadi punye barang takpe akak bayarkan”
Cashier agak keliru tetapi dia angguk saja.
“Ok kak”
Lelaki tadi datang letak sebungkus maggie dan beras 5 kilo.
“Encik, saya dah bayar semua. Ada nak ambil apa apa lagi. Susu anak ada?” – terhambur ayat tu dari mulut aku. Masa tu aku tak berani tenung muka dia sebab aku bersalah nak mati. Cuma sejeling aku nampak mata dia berkaca. Mungkin terharu.
“Ya Allah kak. Terima kasih. Ini dah cukup” dalam keadaan menunduk-nundukkan kepala berkali kali ucap terima kasih.
“Moga murah rezeki encik” – balas aku dan terus blah
Masuk kereta. Menitis air mata. Bersalah ya Allah betapa tak husnudzon je aku tadi😭. Masa nak reverse kereta aku nampak dia di basikalnya mengikat bungkusan beli tadi. Nampak muka macam sedikit gembira. Dia tak perasan aku dalam kereta sebab kereta aku cermin gelap.
📸 Lini Mohd