December 18, 2024

Umum mengetahui, kumpulan rock popular Britain, Coldplay akan mengadakan konsert pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Seperti sudah dijangka, pasti akan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan konsert tersebut sehingga membantah penganjuran konsert berkenaan.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima yang berpendapat buat mereka yang merasakan konsert tersebut haram, tidak perlu datang untuk menonton.

Menurutnya lagi, tiada masalah jika Malaysia mahu mengadakan konsert dan mengatakansetiap orang ada pilihan.

“Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok. Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Baby Shima turut mempersoalkan individu yang lantang membantah jika ada artis luar yang bakal mengadakan konsert di Malaysia.

Terdahulu, pendakwah bebas, PU Syed membantah penganjuran konsert Coldplay serta menyifatkan konsert tersebut tidak bermanfaat kepada ummah dan budaya hedonisme atau hiburan dalam masyarakat perlu dihentikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *