December 23, 2024

ORKESTRA yang gagal, tidak menjadi dan hanya bersandarkan cerita di media sosial tanpa pembuktian yang kukuh menyebabkan isu yang cuba di bawa oleh sekumpulan individu berkepentingan politik terhadap Exco Melaka tidak mendapat liputan dari media perdana.

Perlu diingat, media perdana dengan jenama besar yang hanya membuat liputan terhadap sesebuah isu yang ada bukti kukuh sahaja dan bukannya ‘bukti semberono’ untuk tujuan batuan politik.

Ketika mula-mula kononnya pendedahan dibuat, media perdana turut serta dan mudah sahaja bagaimana S.O.P mereka. Apabila ditanya berkenaan dengan bukti, pihak yang bertanggungjawab membawa berita tidak mampu menunjukkan bukti kukuh. Berulang kali hanya menyebut bukti yang mereka ada hanyalah bersandarkan bahan daripada media sosial yang turut tidak jelas pendedahannya. Pemilik akaun media sosial yang menjadi sumber rujukan kumpulan tersebut juga begitu kabur tentang kononnya wujud bukti skandal tersebut.

Apabila wartawan daripada media perdana mula mengajukan soalan kepada Exco terbabit, jawapan yang diberikan begitu meyakinkan malah ditambah dengan ketegasan Ketua Menteri Melaka yang menjelaskan beliau tidak berminat untuk melayan sebarang provokasi atau sebarang berita berunsur fitnah.

Kemuncaknya apabila laporan polis dibuat oleh pihak pembawa cerita, tiada sebarang bukti yang jelas dan terkini yang dilampirkan kepada pihak berkuasa.

Tangkap layar gambar dan perbualan di aplikasi WhatsApp seperti mana pendedahan sebelum ini sahaja yang dibawa kepada pihak polis. Nama wanita yang mempunyai hubungan dengan Exco didedahkan, itu sahaja yang kononnya bukti terkini mereka perolehi.

Logiknya, kenapa tidak bawa wanita tersebut ke balai polis untuk membuat laporan? Pihak yang mencanang cerita katanya telah mengetahui alamat lengkap wanita tersebut. Kenapa perlu tunggu masa yang lama untuk betul-betul buktikan bahawa dakwaan mereka adalah benar?

Jika diamati turutan bualan di aplikasi tersebut, wanita yang kononnya mempunyai hubungan tersebut dilihat begitu terdesak untuk dapatkan projek bagi pihak pakciknya dan sanggup melakukan apa sahaja. Tidak nampak ‘real’ orkestra yang cuba dimainkan oleh pihak yang membawa cerita. Tidak ada satu ayat pun dari “Exco” yang berupa paksaan dengan habuan sebuah projek. ‘Jalan cerita’ yang betul-betul kabur apabila anak saudara meminta projek untuk bapa saudaranya dengan menyundal.

Pihak polis wajar menyiasat dari akar umbi pembawa cerita ini. Jangan suburkan amalan penyebaran berita berunsur fitnah kerana ianya memberi kesan yang amat buruk kepada keamanan sesebuah negara.

Inilah faktor utama kenapa pihak media perdana mula meninggalkan isu yang hanya berkisar “membawang” di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *