September 20, 2024

Umum mengetahui, bekas kekasih usahawan kosmetik Sajat, iaitu Coach Yin telah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Yeen Azmin pada tahun 2021.

Lama tak dengar cerita mengenai jurulatih kecergasan itu, Coach Yin rupanya kini sudah bergelar bapa kepada dua cahaya mata.

Menerusi satu perkongsian terbaru, Coach Yin ada memuat naik posting mendedahkan wajah serta nama anak keduanya iaitu Alaia.

Bukan itu saja, menerusi perkongsian lain, penampilan Coach Yin juga dilihat berbeza jika dibandingkan semasa zaman bujangnya dimana dia dilihat lebih matang.

Malah, badan Coach Yin juga yang sebelum ini sado dilihat semakin berisi dan netizen mengatakan dia serta isterinya nampak sangat bahagia.

Terdahulu, Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah menjadi teman rapat dan juga kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajat. Bagaimanapun, hubungan dikatakan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *