September 20, 2024

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai “ultra Melayu” dibidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi.

Beliau berkata hakikatnya rakyat tahu “kejujuran” perjuangan Melayu bekas perdana menteri itu tidak lagi efektif dan beliau yakin orang Melayu tidak lagi peduli dengan keikhlasan perjuangan Mahathir.


“Masa anda (Mahathir) sudah berakhir,” kata Puad di Facebook.

“Saya yakin rakyat tidak lagi mempedulikan Tun M jujur atau tidak jujur. Sejujurnya mereka yakin kejujuran perjuangan Melayu Tun M tidak lagi efektif.”

Puad secara sinis berkata, rakyat sebaliknya lebih berminat untuk mengetahui agenda perjuangan Melayu Khairy.

Pada Selasa, Khairy berkata, beliau percaya Mahathir jujur dalam perjuangannya untuk orang Melayu, dan telah dikenali sebagai “ultra Melayu” sejak sekian lama.

“Selagi ada nyawa, Mahathir akan memperjuangkan isu ini,” katanya dalam rancangan audio siar “Keluar Sekejap” yang dikendalikannya bersama bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan.

“Sebab itu beliau menulis buku Dilema Melayu, (beliau) bapa nasionalis politik Melayu. (Beliau) ultra.”

Apa yang pasti Mahathir dan KJ sama-sama cuba tipu orang Melayu sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *