CERITA lama tetapi tidak terlalu lama. Ini contoh mudah apabila meludah ke langit maka perlu berhati-hati takut akan jatuh ke muka sendiri.
Persoalannya, pernahkah anda mendengar individu yang bernama Cekgu Bard ini membuat laporan polis terhadap cabaran dari Datuk Lokman Nor Adam?
Apa yang di dedahkan oleh Datuk Lokman adalah “apa yang Cekgu Bard buat di dalam rumah dengan kekasihnya?”
Kenapa Cekgu Bard tidak membuat penafian terbuka dan membuat laporan polis terhadap dakwaan dari Lokman tersebut sedangkan di dalam isu Exco Melaka, Datuk Rais Yasin, Chegu Bard dilihat begitu serius memberi tekanan kepada YB Rais?
“Bukti” yang diperolehi oleh Chegu Bard itu nampak seperti memanipulasi keadaan?
Bagaimana rasuah seks terjadi jika menyerahkan tubuh badan atau menyundal untuk seorang ‘Pak Cik’ sendiri dan bukannya ahli keluarga yang lebih dekat seperti bapa atau adik beradik?
Adakah individu bernama ‘Auni’ bekerja untuk pak ciknya atau diarah oleh pak ciknya untuk mendapatkan projek dengan menjual tubuh atau sekadar rekaan individu atau kumpulan tertentu untuk merosakkan nama baik YB Rais?
Chegu Bard juga cuba mengaitkan nama Anwar, Zahid dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di dalam isu ini.
Kenapa perlu libatkan orang lain? Ketua Menteri Melaka telah menjelaskan bahawa beliau tidak berminat dengan tuduhan berunsur fitnah. Penjelasan ini membuatkan Chegu Bard mengambil kononnya peluang untuk menyerang Ketua Menteri?
Fokus sahaja kepada ‘bukti’ yang telah diperolehi dan bukan sensasikan isu menjadi modal politik murahan.
Skandal dengan kekasih di dalam rumah Lokman Adam belum terjawab, apakah boleh diheret Muhyiddin sekali di dalam dakwaan Lokman itu?
**gambar hiasan