December 18, 2024

Tular cerita pertemuan antara kepimpinan UMNO dan Perikatan Nasional di dalam bulan puasa baru-baru ini.

Butiran pertemuan adalah untuk menawarkan UMNO-BN kedudukan tertinggi apabila kerajaan baharu terbentuk.

Menurut sumber, UMNO-BN sudah mulai tawar hati dengan prestasi Anwar sebagai PM ke 10. Tiada yang boleh dibanggakan walaupun sebelum ini pelbagai idea PKR melalui Anwar dan Rafizi untuk membantu rakyat tetapi akhirnya selepas 100 hari Anwar memimpin kerajaan, rakyat semakin terhimpit dengan isu kos sara hidup, pengangguran yang meningkat dan ekonomi negara yang tidak menampakkan pemulihan yang diharapkan.

Anwar sibuk ke luar negara mencari pelabur tetapi belum ada tanda-tanda konkrit pelabur luar ingin masuk ke Malaysia dengan kadar segera. Tugas PM bukan mencari pelabur tetapi Anwar cuba menonjolkan diri kononnya beliau yang terlibat secara langsung.

Pemimpin UMNO juga merasakan diri mereka semakin dipermainkan terutama di dalam isu kes Najib Razak. Tiada keadilan yang tertegak dan proses pengampunan Najib melalui jalan sukar.

Jika terbentuk kerajaan baharu, siapa yang akan menjadi PM? Muhyiddin lagi sekali dan Zahid kekal sebagai TPM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *