October 17, 2024

Maksud cantik kerana Ketua Menteri Melaka ke-13, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh hanya melakukan sedikit sahaja rombakan exco.

Tiga muka baharu dan perubahan portfolio sesuai dengan keupayaan setiap exco menjalankan tanggungjawabnya.

Cantiknya juga kerana pasukan baharu pentadbiran negeri Melaka ini terdiri daripada individu yang kuat semangat muafakatnya dan bakal menyaksikan tahap kerjasama yang paling baik antara mereka. Pasukan yang mantap akan membuahkan hasil yang terbaik.

Menariknya adalah persetujuan kesemua pemimpin UMNO-BN menjadikan Melaka sebagai negeri Kerajaan Perpaduan selaras dengan pentadbiran kerajaan pusat.

Pelantikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Harapan (DAP), YB Shoo Shin sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna membuktikan Kerajaan Melaka di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Rauf memberi sepenuh komitmen untuk menjadikan negeri ini sebagai Kerajaan Madani.

Hasrat YAB Datuk Seri Rauf adalah mewujudkan kerajaan yang lebih stabil supaya fokus utama menaikkan ekonomi negeri dan rakyat berjalan mengikut perancangan.

Segala dasar yang telah disusun sebelum ini akan diteruskan dan akan ditambah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *