December 22, 2024

APABILA PM Anwar Ibrahim bercakap isu jenayah rasuah dan kesalahan tatakelola pentadbiran terutama wang hasil cukai dijadikan duit milik parti politik maka pihak yang terlibat mula menunjukkan reaksi kepanasan.

Adakah salah apabila Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan membuat kenyataan bahawa kerajaan melalui kementeri kewangan berjaya ‘mengesan’ wujudnya kesalahan menggunakan kuasa yang melibatkan wang rakyat dengan jumlah ratusan juta Ringgit?

Apa yang jelas adalah komitmen kerajaan mengheret individu yang melakukan jenayah merompak wang rakyat secara terang-terangan dan bukannya menutup salah laku pentadbiran yang lalu.

Samada awal atau terlewat menyebut tentang wujudnya skandal rompakan wang rakyat bukan menjadi isu atau sentimen serangan bermotif politik tetapi tindakan membawa suspek ke muka pengadilan adalah perkara utama. Malah sepatutnya pihak pembangkang mempersoalkan kenapa Anwar berjaya mengesan jejak rompakan wang rakyat secara terancang sedangkan Ismail Sabri mempunyai masa lebih setahun tidak bertindak apa-apa?

Anwar bertindak pantas mencari punca ketirisan wang milik rakyat kerana hutang negara dilihat melambung tinggi tetapi banyak agenda untuk rakyat tidak kesampaian.

Tiada bukti Anwar dan Kerajaan Madani memainkan sentimen untuk takutkan Melayu dan Islam di negara ini melalui tindakan mengheret pemimpin politik ke muka pengadilan berkait dengan skandal rompakan wang rakyat dengan jumlah hampir RM500 juta. Apa yang Anwar lakukan adalah menyelamatkan wang yang sepatutnya diterima oleh kaum Melayu Islam dan Bumiputra melalui pakej khas rangsangan ekonomi di bawah jenama Janawibawa.

Geng broker proksi Muhyiddin cuba menjadikan Syed Mokhtar sebagai subjek bahawa Anwar hanya bertindak terhadap Taikun Jutawan Melayu Islam dan bukannya kepada kesemua taikun yang ada di Malaysia.

Apa yang Anwar lakukan adalah berbincang dan meminta Syed Mokhtar melalui syarikat monopolinya, Bernas supaya membantu petani melalui keuntungan bersih (setelah ditolak cukai) dan jumlahnya RM30juta, ini pun setelah lebih 20 tahun penguasaan monopoli perniagaan kilang beras tersebut.

Menjadikan syarikat yang bukannya memonopoli perniagaan seperti Top Gloves adalah salah. Syarikat-syarikat besar sebegini setiap tahun ada menyumbang di dalam bentuk kemasyarakatan (CSR) dan mereka juga mendapat keistimewaan pemotongan cukai.

Tindakan Anwar jauh berbeza dengan pertuduhan terhadap Muhyiddin apabila wang yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada cukai untuk manfaat rakyat diambil dan masukkan ke dalam akaun milik parti PPBM. Jumlah RM200 juta dari syarikat Syed Mokhtar itu menyalahi sistem pelepasan cukai berkadar dengan sumbangan CSR.

Pihak pembangkang menggunakan naratif kononnya Anwar dan Kerajaan Madani menakut-nakutkan Melayu dan Islam sedangkan hakikatnya PAS mula dilanda kebimbangan dengan jenayah merasuah pengundi yang cuba diputar belitkan menjadi amalan sedekah.

Kumpulan penunggang agama dan sekutu rapatnya mula bimbang apabila satu demi satu dalang pencuri duit rakyat mula dibawa ke mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *