December 19, 2024

Melaka: Majoriti ahli UMNO Tangga Batu inginkan pembaharuan bukan sahaja dari segi kepimpinan utama parti malah perubahan tatakelola pengurusan juga.

Sudah tiba masanya UMNO Bahagian Tangga Batu kena berani melakukan perubahan drastik untuk membina semula kekuatan parti politik yang selama ini besar jasanya kepada rakyat.

UMNO perlu melalui fasa perubahan kepimpinan sesuai dengan arus perubahan pola pemikiran rakyat. Zaman ini dan mendatang, hanya pemimpin yang mampu mengikuti trend kehendak pengundi dan rakyat akan menentukan survival parti itu sendiri.

Zaman maklumat pantas tesebar di hujung jari memerlukan pemimpin yang dinamik dan berwawasan serta memahami denyut nadi generasi yang banyak meluangkan masa dan yakin dengan pemberitaan atas talian. UMNO perlu pemimpin yang mampu mengimbangi antara pendekatan konvensional dan bersemuka di alam maya.

Sepanjang 5 tahun yang lalu ahli UMNO boleh menilai siapa Datuk Wira Rais Yasin yang telah menawarkan diri untuk bertanding di jawatan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu. Beliau bakal berhadapan dengan penyandang jawatan, Datuk Ali.

Sebagai pemimpin yang digilap dengan pelbagai pengalaman jawatan di usia yang masih muda, Datuk Wira Rais mampu mengubah landskap kepimpinan UMNO Tangga Batu dan juga telah membuktikan bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan beliau sepanjang berada di dalam ‘cycle corridor politic’ di Tangga Batu.

Bukti yang terbaharu adalah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya negeri Melaka baru-baru ini. Mandat yang besar diberikan oleh rakyat kepada beliau bukan datang dari hasil khidmat bakti terhadap masyarakat dalam masa yang singkat tetapi kejayaan beliau meraih keyakinan rakyat di DUN Paya Rumput adalah hasil khidmat bakti di sepanjang karier beliau sebagai orang politik dan pemimpin muda dari UMNO.

Sebelum memenangi kerusi DUN Paya Rumput, Datuk Wira Rais adalah Ketua Pemuda Bahagian UMNO Tangga Batu.

Di peringkat nasional pula beliau adalah Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kini, Datuk Wira Rais adalah merupakan EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka.

Malah Datuk Wira Rais mendapat kepercayaan daripada Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Mempunyai visi dan misi yang jelas sesuai dengan perubahan zaman. Memahami aspirasi pengundi di pelbagai peringkat umur dan mampu merealisasi dan menjadikan UMNO Bahagian Tangga Batu sebagai tempat rakyat mengadu nasib.

Bukti beliau mampu menarik pengundi muda dan pengundi dari pelbagai peringkat umur adalah kemenangan beliau ketika pilihanraya negeri Melaka tempohari.

UMNO Tangga Batu perlukan perubahan demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *