December 19, 2024

AHLI UMNO perlu melihat dengan jelas kenapa tiba-tiba pengurusan UMNO pusat membuat mencadangkan usul tambahan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.

Jika dilihat kepada sokongan terhadap Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan di penggal yang lepas, beliau menerima undian yang jauh lebih tinggi dari Ku Li dan KJ yang turut bertanding di posisi yang sama. Dan jika dicampurkan jumlah undi yang diperolehi oleh Ku Li dan KJ, masih tidak dapat mengatasi undi yang diperolehi Zahid.

Malah pada sehari sebelum keputusan dari perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung tersebut, Zahid mengeluarkan kenyataan yang jelas apabila bersemuka dan bersalam dengan KJ, “Ready to fight!” kata Zahid.

Ini adalah indikator jelas bahawa Zahid bukannya jenis pemimpin yang pengecut.

Tetapi menurut sumber, rancangan “membeli” perwakilan dengan jumlah tawaran wang ringgit yang lumayan telah dapat dihidu oleh pengurusan tertinggi UMNO sekiranya berlaku pertembungan di jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta ahli Majlis Kerja Tertinggi. Jawatan Ketua Bahagian dan ketua sayap di bahagian juga khabarnya bakal terpalit dengan jenayah rasuah berskala besar ini.

Yang bersungguh untuk membawa UMNO kepada Muhyiddin adalah geng broker politik dan geng proksi Muhyiddin itu sendiri. Buktinya jelas apabila tiba-tiba 10 ahli parlimen UMNO-BN lari menyembah Muhyiddin selepas keputusan PRU15 diumumkan. Benarkah mereka sudah mendapat habuan wang ringgit?

Dari mana sumber kewangan geng proksi Muhyiddin dan geng broker ini?

Jawapannya mudah, lihat sahaja hari ini Muhyiddin diheret ke mahkamah atas pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh ini didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu, telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu.

Melihat kepada angka pertuduhan tersebut, tidak mustahil strategi ‘membeli undi perwakilan’ boleh berlaku dengan tawaran yang cukup lumayan?

Ditambah dengan pengakuan Annuar Musa berhubung wang berpuluh juta di dalam bilik tidur Muhyiddin. Ini menunjukkan kenapa ada pemimpin UMNO yang goyang imannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *