December 19, 2024

CARA paling berkesan untuk memastikan UMNO terus kekal relevan di hati rakyat adalah dengan sentiasa mengenengahkan pemimpin pelapis pada setiap penggal atau ketika adanya pilihanraya kecil.

Menjadikan alasan kekalahan dan kuncupan jumlah kerusi yang diperolehi pada pilihanraya umum ke-15 adalah tidak masuk akal dan dangkal.

KJ melalui program ‘podcast’ miliknya sendiri bersiaran dengan bekas ketua penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan terus menerus menyerang UMNO dengan melontarkan dakyah yang mengelirukan kononnya pemilihan UMNO setelah hanya memperolehi 26 kerusi parlimen adalah tidak lagi relevan.

KJ sendiri kalah di kerusi parlimen Sungai Buluh kerana silapnya sendiri mensabotaj parti UMNO ketika berkempen.

Kekalahan UMNO dengan pencapaian prestasi buruk jumlah kerusi wajar dilihat dari sudut yang lebih matang. Penyumbang utama kekalahan kerusi UMNO adalah kerana wujudnya gerakan sabotaj dari dalaman parti sendiri dengan adanya kumpulan terutama dari pemimpin senior lebih tertarik untuk membawa UMNO menyembah Muhyiddin.

Dari awal lagi kumpulan proksi Muhyiddin ini berusaha menyingkirkan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui alasan kononnya beliau sedang berhadapan dengan kes di mahkamah. KJ sendiri terlibat dengan membuat kenyataan terbuka supaya Presiden UMNO berundur beberapa bulan sebelum parlimen dibubarkan. Gerakan kumpulan proksi Muhyiddin ini sengaja mencetuskan suasana tidak aman di dalam parti UMNO itu sendiri.

Perasaan iri hati dan dendam KJ bermula sejak beliau pertama kali kalah teruk kepada Zahid di dalam pemilihan UMNO pada penggal yang lepas. Itulah titik mula KJ dan beberapa orang pemimpin senior UMNO mula menghasut ahli yang lain supaya menyingkirkan Presiden UMNO.

Jika pemilihan UMNO tidak lagi relevan, kenapa KJ begitu bersungguh sehinggakan hampir setiap hari berbicara isu kepimpinan Presiden UMNO?

Jika pemilihan UMNO tidak lagi relevan di mata KJ, kenapa beliau bersungguh berkempen untuk bertanding di jawatan Presidem ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022? Sepatutnya KJ tinggalkan UMNO kerana melalui perkiraan beliau UMNO sudah tidak relevan lagi apabila hanya tinggal 26 kerusi parlimen.

Hanya manusia yang gila talaq sahaja akan membasahi bibirnya menyebut nama bekas isterinya hampir setiap waktu.

Begitulah juga dengan KJ, muncul di saluran radio kononnya sebagai DJ, nama UMNO tidak lekang di mulut busuknya. Tidak cukup dengan masa yang diberikan melalui saluran radio, KJ dan Shahril Hamdan mencipta saluran komunikasi ‘podcast’ dengan berlabelkan akronim nama mereka berdua, “Keluar Sekejap”. “K” adalah KJ dan “S” adalah Shahril Hamdan, budak paling setia dengan beliau.

Kalau tidak gila talaq dan UMNO sudah tidak relevan, masakan menamakan saluran itu “Keluar Sekejap” dan siaran pertamanya membuat pengakuan bahawa akan masuk kembali ke dalam UMNO jika diberi peluang kedua.

Sebenarnya yang tidak relevan kepada UMNO adalah KJ dan juga pemimpin yang bersifat tamak, gila untuk menjadi wakil rakyat sampai mati dan taksub kepada tawaran Muhyiddin. Diberi peluang berpuluh tahun sebagai menteri dan wakil rakyat tetapi rakyat semakin menjauhi UMNO kerana roh tanggungjawab sudah tidak ada, yang terserlah adalah menggunakan kedudukan di dalam parti untuk kesenangan peribadi.

Kerana inilah maka setiap penggal masih relevan untuk memilih saf kepimpinan yang baharu supaya rakyat sentiasa melihat perkembangan positif UMNO sepanjang zaman dan ahli menolak pemimpin yang hipokrit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *