December 19, 2024

ESOK perwakilan sayap-sayap UMNO akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi ketua mereka bagi Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Pemilihan kali ini jika dibuat dengan sembrono maka laungan ketika berkempen contohnya seperti “demi UMNO terus kekal relevan di hati rakyat’ akan menjadi satu ungkapan retorik setiap kali adanya pemilihan.

UMNO melalui fasa yang cukup kritikal pada saat ini dan pada pilihanraya umum ke-16 akan datang. Kalah teruk pada PRU15 dengan hanya memperolehi 26 kerusi bukan suatu angka yang boleh dipandang sepi begitu sahaja.

Walaupun antara faktor penyumbang besar kepada kehilangan kerusi parlimen baru-baru ini adalah wujudnya konspirasi jahat mensabotaj parti dari dalam namun ada juga indikator yang jelas bahawa ada kawasan atau DUN yang menang walaupun keputusan parlimennya UMNO kalah. Ini menunjukkan kepimpinan UMNO BN di kawasan tersebut telah membuktikan bahawa pemimpin atau wakil rakyat di situ telah bekhidmat dengan cemerlang. Rakyat di DUN tersebut kekal yakin dengan UMNO BN.

Ini terjadi kepada DUN Rim Melaka, walaupun UMNO tewas di kerusi parlimen Jasin namun keputusan atau jumlah undi bagi DUN Rim menyebelahi UMNO.

Datuk Khaidiriah atau lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar mengambil masa tidak sampai satu tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di situ telah menunjukkan prestasi terbaik sehinggakan rakyat di kawasan beliau tidak berganjak untuk bertukar undi kepada pihak lain ketika PRU15.

Selain dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Melaka, Dira Abu Zahar juga adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin.

Sebagai calon Ketua Puteri UMNO Malaysia, melalui ‘kad laporan prestasi’, Dira jauh membuktikan beliau lebih layak memimpin Puteri UMNO Malaysia berbanding dengan pencabarnya yang lain.

Setiap sayap di dalam parti UMNO mempunyai peranan masing-masing termasuklah sayap Pergerakan Puteri UMNO itu sendiri.

Tugas Puteri UMNO adalah mendekatkan golongan wanita muda kepada UMNO BN. Meyakinkan golongan ini betapa UMNO BN adalah wadah bagi membela nasib wanita muda samada berkerjaya atau sebaliknya termasuk golongan mahasiswi di pusat pengajian tinggi awam atau swasta.

Indikator utama yang boleh dinilai oleh perwakilan adalah hasil usaha di kawasan masing-masing. Lihat perbandingan melalui data kewujudan cawangan UMNO dan keberadaan sayap puteri mengikut calon yang menawarkan diri:-

  1. Seputeh 21 sayap puteri berbanding 47 cawangan UMNO – 44%
  2. Kubang kerian 26 cawangan sayap puteri berbanding 152 cawangan UMNO – 17.1%
  3. Lembah pantai 23 cawangan sayap puteri berbanding 49 cawangan UMNO – 46.9%
  4. Kuantan 29 cawangan sayap puteri berbanding 66 cawangan UMNO – 43.9
  5. Jasin 66 cawangan puteri berbanding 99 cawangan UMNO – 66.7%

Sebagai perwakilan yang bakal memilih Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, kita tidak boleh menafikan data keberadaan cawangan puteri tersebut kerana bilangan cawangan puteri antara bukti betapa ianya KPI kesungguhan seseorang Ketua Puteri Bahagian.

Pertambahan cawangan sayap puteri juga membuktikan hasil usaha Ketua Puteri UMNO Bahagian di dalam menarik minat golongan wanita muda.

Jangan tersilap percaturan dengan pesona kata-kata retorik, UMNO perlu bangkit segera bagi menghadapi pilihanraya negeri dan PRU16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *