November 16, 2024

ANDA tahu bagaimana perangai budak-budak?

Kalau hendak sesuatu contohnya barang mainan, kalau selagi tidak ditunaikan oleh ayah atau ibunya maka mereka akan menangis sambil hentak kaki dan tidak akan berganjak dengan mudah selagi apa yang hajati tidak diperolehi.

Itulah yang terjadi kepada bekas poster boy, bekas PM paling singkat dalam sejarah negara, Ismail Sabri.

Mula-mula cuba mengelirukan perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 kononnya keabsahan suara perwakilan tidak mengikut perlembagaan di dalam isu usul tambahan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Beliau didapati turut bersiri menyokong usul tersebut tetapi apabila persidangan ditangguhkan, Ismail Sabri terus membuat sidang media dengan menyuarakan seolah-olah suara majoriti perwakilan tidak sah.

Tindakan Ismail seterusnya adalah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO. Rata-rata ahli UMNO berpendapat beliau membuat keputusan tersebut kerana ingin berehat dari tanggungjawab di peringkat pusat.

Apa yang terjadi bukannya Ismail ingin berehat tetapi lebih kepada membuat onar dan kacau apabila tanpa menyelidiki peruntukan RoS terhadap sesuatu pertubuhan dan juga kuasa menteri yang bertanggungjawab terus “menyerang” Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ismail tidak berpuashati apabila Presiden UMNO menjelaskan bahawa RoS telah meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan. Lantaran pengumuman dari Presiden UMNO ini, Ismail bertindak meminta bukti surat daripada RoS yang menyatakan demikian.

Ismail rupanya tidaklah sehebat mana di dalam perundangan walaupun beliau berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Ismail lupa klausa kuasa menteri KDN yang mana RoS berada di bawah seliaannya.

“Menteri KDN mempunyai kuasa memberi pengecualian daripada pematuhan kepada Seksyen 13(1)(c)(14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan akan datang.”

Semakin lama semakin kronik nampaknya Ismail Sabri seolah-olah seseorang yang gila meroyan kerana tidak dapat apa yang dihajatinya.

Dia ingin jadi poster boy, ingin jadi PM sekiranya BN menang PRU15, semuanya ditunaikan oleh Presiden UMNO, tetapi apa yang beliau lakukan sehingga UMNO BN kalah teruk di PRU15 selain cuba menyalahkan Presiden UMNO?

1 thought on “Keputusan RoS: Ismail Sabri berkelakuan macam budak kecil

  1. Salam. Apabila kaduk naik junjung, memang ada masalah yg timbul kerana apa juga yg dicanangkan dan dipertikaikan oleh si kaduk itu lebih seumpama indah khabar daripada rupa. Namun, biasanya si kaduk yg perasan dia ada kuasa dan pengaruh yg ‘dipinjamkan’ oleh pucuk pimpanan mudah lupa diri sehingga berlagak sombong sambil berlaku curang terhadap pihak2 yg tlh memberikan pelbagai laba dan habuan kpdnya. Renung2kanlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *