December 19, 2024

TAMRIN Ghafar, siapa tidak kenal nama pencacai yang menjadikan politik sebagai tempat “cari makan”?

Selepas hampir sepuluh tahun menjadi ahli parlimen atas tiket ehsan jasa bapanya allahyarham Tun Ghafar Baba yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir, Tamrin dilihat mula hilang arah seolah-olah masih belum “kenyang” menjadi wakil rakyat.

Tamrin bertindak keluar dari UMNO yang begitu banyak jasanya kepada beliau sekeluarga dan menyertai parti PAS pada tahun 2012 dan akhirnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang menggunakankan label agama itu pada tahun 2014. Beliau dikatakan tidak mendapat apa-apa jawatan di dalam PAS dan jauh sekali ditawarkan sebagai calon wakil rakyat PAS.

Bermula saat itulah Tamrin mula menjadi pencacai politik. Beliau mengkritik kepimpinan utama UMNO secara terbuka tanpa menyedari diri sendiri adalah pembelot parti UMNO setelah mendapat keistimewaan menjadi wakil rakyat atas tiket UMNO-BN dan pernah dilantik menjadi Pengerusi MARA.

Setelah sekian lama tidak aktif sebagai pencacai politik, kini beliau membuat kemunculan kembali dengan menyerang Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan membuat tuduhan liar kononnya Zahid “menipu tuhan” apabila sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP serta kononnya melanggari ketetapan PAU 2022 berhubung “No DAP, No Anwar”. Malah Tamrin juga membuat tuduhan jahat kononnya Zahid “hampir menanam hidup-hidup Amir Bazli Abdullah” kerana mengganggu anaknya.

Otak pencacai politik sememangnya tidak pernah cerdik. Tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan fitnah. Tidak mampu untuk memahami isu sebenar.

Pencacai politik seperti Tamrin tidak mampu memahami antara menolak kerjasama ketika berlangsungnya pilihanraya umum ke-15 dengan keputusan akur kepada titah Yang di Pertuan Agong supaya mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Keputusan untuk menyertai kerajaan selepas keputusan pilihanraya umum juga adalah hasil konsensus ahli parlimen UMNO-BN berlandaskan persetujuan surat akuan bersumpah yang ditandatangani ketika diberi tauliah menjadi calon BN dengan memberi kuasa rundingan kepada Presiden parti bagi mewakili UMNO-BN. Namun Zahid memilih untuk mencapai kata sepakat melalui suara majoriti.

Bagaimana perjalanan keputusan konsensus yang sebegitu mudah gagal difahami dan dihadam oleh pencacai politik seperti Tamrin ini?

Dalam penulisan pencacai politik si Tamrin ini juga ada menyebut betapa beliau bangga dengan Wan Saiful Wan Jan yang kononnya melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu setelah didakwa di mahkamah atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta di dalam skandal Janawibawa.

Di sini Tamrin juga gagal membezakan antara jawatan lantikan parti dengan jawatan yang diperolehi melalui mandat perwakilan akar umbi. Jawatan ketua penerangan parti adalah jawatan lantikan daripada Presiden parti dan boleh dipecat pada bila-bila masa sedangkan jawatan presiden parti adalah mandat yang diperolehi melalui proses pemilihan demokrasi.

Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk kekal dijawatan tersebut apabila mengetahui ada gerakan proksi Muhyiddin yang cuba membawa UMNO menyembah Muhyiddin dan seterusnya menguburkan UMNO. Kumpulan proksi Muhyiddin sehingga ke saat ini masih wujud di dalam UMNO.

Tuduhan liar dengan mengaitkan Zahid sebagai individu yang ganas melalui kes yang tersebut di atas, pencacai politik seperti Tamrin sengaja untuk merosakkan imej Zahid sedangkan isu tersebut telah lama selesai. Tuduhan liar Tamrin ini boleh didakwa.

Tidak dapat dipastikan kenapa pencacai politik si Tamrin ini tiba-tiba menyalak dan menyerang Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Apakah si pencacai ini sudah kehabisan kemewahan atau cuba mencari peluang untuk menyertai Muhyiddin sedangkan si pencacai Tamrin ini adalah individu yang membenci Muhyiddin dan Mahathir satu waktu dahulu.

Bagaimana ada manusia yang boleh mempercayai kata-kata si pencacai politik seperti Tamrin Ghafar yang keluar masuk politik seperti keluar dan masuknya pelanggan pelacur di rumah pelacuran.

1 thought on “Menipu Tuhan: Serangan Pencacai Politik Murahan Terhadap Zahid

  1. Salam. Sudah menjadi kelaziman bagaimana tin kosong itu berbunyi bising dan lantang walaupun di dalamnya tidak berisi sesuatu kecuali angin. Malah, tin kosong ini lebih merupakan makhluk kufur nikmat yg cepat sangat lupa jasa pihak lain memberikannya kebaikan walaupun dia sendiri hanya politikus passenger yg kecerdikannya boleh sangat dipersoalkan. Renung2kanlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *