December 19, 2024

GOLONGAN pengundi muda mula menjauhkan diri dari UMNO sejak dari Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda UIMNO Malaysia dan ketika itu beliau juga adalah Menteri Belia dan Sukan.

Pelbagai kemudahan diberikan kepada KJ untuk membuat program agar orang muda sentiasa menyokong UMNO BN tetapi hasilnya begitu buruk.

Mulanya ramai penganalisis politik tempatan menyalahkan Presiden UMNO ketika itu, Najib Razak tetapi akhirnya di PRU15 barulah kesemuanya sedar bahawa KJ sememangnya mempunyai agenda peribadi yang menjurus ke arah kegilaan beliau ingin menjadi Perdana Menteri.

Mula terserlah kegilaan KJ menyerang Najib Razak adalah selepas PRU14. Bagi menutup kelemahannya menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau secara terang-terangan menyerang Najib Razak melalui isu 1MDB. Sedikit pun beliau tidak merasakan bersalah di atas kelemahannya sendiri gagal mendekati orang muda.

Sebagai sebuah sayap penting bagi parti UMNO, Pemuda perlu seiring dengan pucuk pimpinan utama terutamanya Presiden parti supaya gerakkerja parti boleh dijalankan dengan mudah dan muhibbah.

Bagaimana UMNO boleh melangkah menyakinkan rakyat dan pengundi sekiranya ketua sayap tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti terutamanya Presiden?

Bagaimana pandangan rakyat yang berada “di atas pagar” menilai UMNO dan BN sekiranya Ketua Pemuda sentiasa menyerang Presiden secara terbuka dengan angkuh kerana kedudukannya di dalam kerajaan negeri?

Bagaimana ahli memilih seorang Ketua sayap yang mendesak Presiden meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh dan menjadi “budak suruhan” geng broker?

Pilihanraya umum ke-16 adalah hidup dan matinya UMNO. Sekiranya ahli parti tersilap pilih maka bersedialah untuk menggali kubur sendiri.

Jangan mudah terpedaya dengan susur galurnya datuknya adalah pengasas UMNO tetapi lihat pada pengakhiran datuknya itu yang telah meninggalkan UMNO dan melawan UMNO balik. Derhaka pada perjuangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *