December 18, 2024

PEMBERSIHAN total yang dibuat oleh UMNO terhadap pemimpin yang gila kuasa sehingga merosakkan parti bukan keputusan presiden parti.

Naratif itu dimainkan oleh geng broker supaya nama Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sentiasa buruk pada pandangan ahli. Geng broker cuba mengalihkan fakta sebenar bahawa setiap tindakan yang dibuat oleh parti mesti melalui proses yang cukup teliti oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Apabila segala bukti sudah lengkap maka keputusan akan dibuat oleh lembaga tersebut. UMNO bukan parti cacamarba.

Parti politik lain juga sama. Apabila ada pemimpin yang dengan sengaja serta terancang untuk memburuk atau menjatuhkan parti, mereka juga akan dipecat. PAS pecat Ustaz Khairuddin At Takiri dan beberapa pemimpin besar mereka, PPBM juga memecat Mahathir, Muhkriz dan lainnya juga atas alasan yang sama. Muhyiddin tiba-tiba menyerang UMNO kerana bertindak memecat ‘budak-budaknya’, Muhyiddin lupa beliau sendiri memecat pengasas PPBM iaitu Mahathir kerana perebutan kuasa, gila untuk menjadi Perdana Menteri.

“Semua dah besar, pecat ahli langgar disiplin perkara biasa’” kata Ku Li

“Sebenarnya mengikut perlembagaan Umno, proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT sahaja” kata Isham Jalil

“MKT tidak akan mencampuri proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin, sebaliknya hanya memperakui saranan serta keputusan badan itu berkenaan kes disiplin melibatkan ahli” – Isham Jalil.

UMNO pernah membuat keputusan yang sukar lebih dari apa yang ahli lihat sekarang. Keputusan melepaskan pengasas UMNO, Onn Jaafar, memecat Anwar Ibrahim dan lain-lain.

UMNO juga pernah membuat kesilapan besar dengan melengahkan pemecatan Muhyiddin Yassin ketika beliau mula menjadi musang dan jembalang dalam parti dengan mengetuai geng broker mendesak Pak Lah melepaskan jawatan malah turut menghasut ahli UMNO supaya mengundurkan Najib dan akhirnya apabila UMNO bertindak memecat Muhyiddin maka reda sedikit suhu hasutan geng broker yang mempunyai kepentingan peribadi ini.

Kini UMNO seperti ingin mengulangi peristiwa yang lama. ‘Melepas bebas Ismail Sabri’ adalah tindakan ke belakang. Sama seperti membiarkan Muhyiddin menjadi duri dalam daging bermula pada zaman Pak Lah.

Siapa tak kenal Ismail? Budak suruhan Muhyiddin. Ketika bersama Muhyiddin, beliau tidak membantu UMNO, ketika beliau menjadi PM9 beliau melebihkan pari Muhyiddin dan malang bagi UMNO, ketika menjadi poster boy bagi PRU15, beliau sedikit pun tidak memainkan peranan selain turun berkempen hanya untuk KJ dan Hishammuddin sahaja.

Ada bukti beliau licik. Termasuk menipu perwakilan UMNO di PAU2022. Berdiri di hadapan perwakilan menunjukkan tanda setuju pada usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kemudian bergegas membuat sidang akhbar menentang keputusan tersebut. Sehingga ke hari ini beliau sentiasa mengeluarkan kenyataan berniat jahat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *