December 18, 2024

PAU2022 sudah selesai tetapi geng broker masih berbunyi.

Perselisihan pandangan berhubung isu “usul” jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan masih panas.

Segala ‘nas’ dikeluarkan oleh geng broker supaya nama dan imej Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tercalar pada kaca mata ahli UMNO.

Geng broker mula menyalahkan perwakilan dengan naratif, merosakkan kepercayaan ahli di bahagian.

Geng broker juga cuba mengesahkan wujudnya perwakilan hantu melalui rujuk silang pendedahan video yang dimuat naik oleh KJ, aksi minta “password”.

Menurut Geng Broker, perwakilan hantu masuk ke dewan dan duduk di bangku kosong seterusnya bangun untuk menyatakan sokongan bersama dengan perwakilan yang sah.

Ketika aksi ini terakam gambar Shahril Hamdan berdiri tidak menyokong usul tersebut dan beliau tidak kenal siapa di kiri kanannya?

Shahril perlu ingat perwakilan tidak pernah lupa bahawa beliau adalah budak KJ.

Ismail Sabri juga bangun bersetuju tiada pertandingan untuk kedua jawatan utama.

Geng broker juha menghina Ketua Bahagian dengan tuduhan bahawa mereka bangun kerana faktor kepentingan ekonomi dan politik seolah majoriti ketua bahagian adalah peminta sedekah untuk sara hidup?

Jumlah perwakilan lebih kurang 3000 orang, yang masuk menjadi perwakilan hantu berapa orang untuk mengisi kerusi yang kosong berapa buah? KJ boleh membuat laporan polis supaya ROS boleh bertindak.

Pelbagai teori disebar luaskan oleh geng broker dan hakikatnya usul tambahan ini bukan pertama kali dibawa oleh perwakilan sejak tahun 1996 lagi.

Dan kalau Zahid jenis yang penakut, kenapa Zahid masih memberi peluang kepada KJ, Hisham dan Ismail untuk menjadi calon BN?

Yang dipecat adalah Annuar Musa dan antara yang ‘dihukum’ adalah Noh Omar. Kalau Zahid takut, ketiga pembesar geng broker itu sudah lama dipecat dari UMNO.

KJ lupa bagaimana tahun 2004 beliau minta nyawa supaya jawatan Naib Ketua Pemuda tidak dipertandingkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *