December 18, 2024

PERHIMPUNAN Agung UMNO telah melabuhkan tirainya.

Apa yang baik bawalah pulang, apa yang tidak menguntungkan parti tinggalkan sahaja sebagai kenangan.

PAU2022 turut mencatatkan sejarahnya tersendiri dan sejarah tersebut bukanlah suatu yang baru kerana ia adalah sejarah yang berulang. Usul tambahan mengenai tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang telah diluluskan oleh perwakilan bukan suatu tindakan yang baharu. Pernah usul sebegini dibawa pada 1996, 2001 dan 2017 oleh wakil pemuda sendiri, masakan KJ tidur ketika usul ini di bawa oleh Datuk Shapri?

Apa yang menarik adalah pembahas dari Melaka, Datuk Mustafa Musa. Beliau adalah pembahas ke 17 dan terakhir. Mustafa, Setiausaha Perhubungan Negeri Melaka dan merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah.

Kebiasaannya apabila pembahas terakhir maka ruang Dewan Merdeka akan ternampak kelompongan yang ketara, ramai perwakilan akan berada di luar dewan. Tetapi ini tidak berlaku ketika pembahas terakhir dari Melaka mengambil tempat. Ianya kerana bait-bait bahas yang dilontarkan penuh dengan pengisian, pengajaran dan teguran, perwakilan tidak berganjak untuk keluar dan pulang.

Melihat daripada pembahas terakhir dari Melaka, inilah hasilnya apabila melakukan persembahan untuk seluruh perwakilan dari seluruh negara dibuat secara berpasukan, teliti, mengikut arahan dan bekerjasama.

Membahas usul penting bukan sahaja berkata-kata tetapi penyusunan hujah yang hendak disampaikan perlu mempunyai isi yang berfakta.

Semua memainkan peranan, tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka, YB Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh yang memilih dan membantu pembahas agar menyampaikan bait ucapan supaya perwakilan faham, terima dan menyokong setiap hujah yang dilontarkan.

Pembahas bukan bertindak seorang diri kerana beliau adalah suara kepada UMNO negeri.

Tahniah Melaka, kerana berjaya menekankan unsur kesetiaan kepada pucuk pimpinan secara telus dan bertertib.

“Apa bezanya patin dan toman
Sama rasanya dengan tenggiri
Berhati-hatilah memilih teman
Jangan sampai memakan diri”

Ikuti ucapan penuh wakil Melaka:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *