SHAHIDAN KASSIM tidak mampu menahan marah dan kecewa kerana perancangan geng broker kayangan gagal di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang baharu saja selesai.
Shahidan segera mengeluarkan kenyataan sinis terhadap Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, “Shahidan cadang Zahid kekal presiden seumur hidup”.
Shahidan Kassim bukan lagi ahli UMNO, beliau dipecat oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Kenyataan Shahidan membuktikan geng broker berhaluan Muhyiddin memang benar wujud dan mereka juga terdiri daripada kepimpinan tertinggi yang secara terang-terang menyerang presiden UMNO.
Kenapa Shahidan tiba-tiba kelihatan emosi?
Mudah jawapannya, perancangan untuk tumbangkan Zahid gagal maka usaha untuk membawa UMNO keluar dari kerajaan perpaduan gagal sama sekali. Geng broker mempunyai tugas utama iaitu menebuk atap sekali lagi dan Kerajaan Muhyiddin akan mengambil alih pemerintahan.
Pelbagai alasan diberikan oleh geng broker kayangan. Hisham, KJ dan Ismail Sabri tidak langsung ingin menerima hakikat bahawa isu tambahan usul termasuk usul tiada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden bukan hanya berlaku di PAU2022 tetapi usul yang sama telah dibawa bermula pada tahun 1996 lagi.
Hisham gagal membawa lari 10 ahli parlimen BN sebaik sahaja keputusan PRU15.
Ismail gagal membantu UMNO dan BN ketika beliau menjadi PM9.
KJ menjadikan Zahid sebagai musuh peribadi sebaik sahaja kalah bertanding melawannya pada penggal yang lepas.
Tiga geng broker kayangan ini terpaksa meminta Shahidan menyerang Zahid?