November 16, 2024

BAGAIMANA geng broker boleh terfikir untuk menjadikan video di bawah ini sebagai alat untuk merosakkan nama baik Perhimpunan Agung UMNO 2022?

Menurut sumber, pasukan siber geng broker yang diketuai oleh seorang ketua pengarang sebuah portal berita dikatakan menerima bayaran antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan video bersifat fitnah jahat tersebut. Kalau inilah hasil kerjanya maka berbaloikah upah yang diterimanya itu? (Apabila terdedah cara penipuannya, video ini telah di buang dari status facebooknya)

Di dalam sejarah pemilihan UMNO, belum pernah lagi adanya sistem memberi kata laluan(password) supaya mendapat giliran mengundi.

Dalam video tersebut, anda boleh lihat adakah begitu SOP yang dilakukan oleh sektariat UMNO pusat bagi mengendalikan pengundian apabila terdapat usul tergempar?

Bagaimana geng broker tidak mampu untuk membezakan antara perlembagaan dan persefahaman untuk perwakilan yang diberi mandat?

Di dalam isu “Tiada pemilihan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden”, ianya bersifat persefahaman. Keputusannya adalah melalui konsensus perwakilan yang hadir dan caranya diputuskan oleh Pengerusi Tetap persidangan iaitu melalui cara bangun untuk tunjukkan setuju atau tidak setuju kedua jawatan tersebut dipertandingkan.

Usul melalui konsep persefahaman ini bukanlah agenda yang melibatkan perlembagaan parti.

Menurut sumber, ketua pengarang yang dilantik sebagai ketua siber geng broker dikatakan tidak pernah menghadirkan diri pada mesyuarat UMNO cawangan, tidak pernah masuk ke Dewan Merdeka sepanjang dibayar dengan imbuhan yang mahal dan bukannya pakar mengenai perjalanan sesuatu mesyuarat.

KJ, Hishammuddin dan Ismail dikatakan mengikut arahan ketua pengarang ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *