December 18, 2024

TIADA sebarang perlembagaan yang hendak diubah pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Ada perwakilan dikelirukan dari awal oleh pihak yang ingin melihat UMNO teruk retak sehingga pilihanraya Dun di beberapa negeri kelak. Dan niat kumpulan ini yang sebenarnya adalah untuk kuburkan UMNO.

Kenapa perbahasan kali ini dibuat secara ‘tertutup’?

Sebenarnya selama ini pun perhimpunan Agung UMNO dibuat secara tertutup dan hanya perwakilan sahaja dibenarkan masuk untuk mengikuti sesi perbahasan di dalam Dewan Merdeka.

Peralihan zaman menuntut UMNO memberi sedikit ruang terbuka kepada ahli UMNO yang bukan dari perwakilan tetapi hadir memberi sokongan kepada perjalanan perhimpunan terbesar umat Melayu ini, maka UMNO menyediakan skrin layar digital gergasi di ruang lobi untuk ahli mengikuti sesi perbahasan secara langsung.

Media turut sama boleh mengambil bahan daripada ruang lobi tersebut.

Tetapi bila ada sesuatu perkara yang agak sensitif maka sidang bahas dibuat secara betul-betul tertutup. Untuk meminimakan pergeseran maka langkah ini perlu diambil.

Isu kali ini adalah “apakah jawatan presiden dan timbalan presiden perlu dipertandingkan atau tidak”.

Perbahasan bukan untuk mengubah perlembagaan tetapi hakikatnya adalah perbincangan di dalam suasana kekeluargaan. Lebih kepada pungutan suara bagi memberi peluang kepada perwakilan membuat keputusan. Berbeza pendapat tetapi bersama di dalam membuat keputusan.

Hingar di dalam dewan hanyalah sekadar berkocak air di dalam cawan sahaja kerana ianya suara bahas anak beranak.

Geng broker akan menggunakan naratif UMNO tidak demokrasi, Zahid takut, perwakilan dicucuk hidung dan pelbagai lagi. Hala utama geng broker hanyalah satu, membawa UMNO menyembah Muhyiddin.

1 thought on “PAU2022: Sebenarnya bukan mengubah perlembagaan, ada perwakilan dikelirukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *