December 18, 2024

SAMADA ahli UMNO keliru atau sengaja mengelirukan atau buat-buat keliru, masing-masing boleh melihat dari bahasa badan.

Ada ahli UMNO termakan dengan hasutan putar belit geng broker kononnya UMNO telah melakukan kezaliman kepada ahli dengan menyekat amalan demokrasi apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Sebenarnya proses untuk membuat keputusan terhadap usul tambahan itu sendiri adalah amalan demokrasi. Bermula dengan isu tersebut dibahaskan oleh perwakilan tanpa sekatan.

Perwakilan bebas memberi pandangan dan setiap pembahas cuba sebaik mungkin untuk meyakinkan perwakilan mengenai usul yang mereka bawa.

Yang menghalang demokrasi adalah bila adanya sekumpulan tukang boo berbayar untuk terpekik terlolong mengganggu pembahas yang menyokong tidak perlu ada pertandingan bagi kedua jawatan tertinggi itu.

Yang tidak demokrasi adalah apabila ada pihak menyebar video rekaan bertujuan memfitnah kononnya berlaku penipuan ketika proses pengundian.

Yang tidak demokrasi adalah bertindak dengan niat jahat menyebarkan cerita karut dan palsu kononnya wujud perwakilan hantu.

Proses demokrasi tulin berlangsung dengan berlandaskan perlembagaan parti. Usul dibentang, dibahaskan dan perwakilan membuat keputusan melalui cara undian yang telus. Antara perwakilan sendiri boleh menjadi saksi bahawa usul mana diterima dengan sokongan majoriti.

Di sudut lain, Ismail Sabri juga dilihat seperti hilang punca apabila mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO melanggari perlembagaan apabila usul yang diterima melalui sokongan majoriti itu sepatutnya di perdengarkan bermula dari persidangan cawangan, di baca di mesyuarat peringkat bahagian dan barulah dibahaskan di Perhimpunan Agung peringkat pusat.

Ismail berkelulusan undang-undang dan tidak pasti dia pakar di bidang apa.

Isu membahas usul tambahan adalah seperti mencari titik temu persefahaman antara perwakilan yang dipilih oleh peringkat cawangan.

Mendapat konsensus persetujuan majoriti perwakilan berbanding berbeza dengan tatakelola persetujuan kebersamaan sesama perwakilan untuk meminda, mengurang atau menambah sesuatu perkara di dalam perlembagaan parti.

Ismai seperti orang yang hilang akal apabila melihat isu ini dengan berfikiran sempit seolah UMNO telah berlaku pelanggaran perlembagaan parti.

Sejak dulu lagi Ismail memang seorang yang ‘play safe’ cuma kali ini beliau menjerut leher sendiri. Ismail juga dilihat cuba membawa naratif bahawa Zahid bersalah.

Ismail lupa, ketika usul khas “No DAP, No Anwar dan No Bersatu” di buat pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum pilihanraya umum ke-15, adakah usul tambahan tersebut dibawa dari peringkat cawangan terlebih dahulu?

Geng broker sebenarnya yang terang-terang menghalang proses demokrasi dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *