AKHIRNYA terjawab juga bagaimana boleh ada perlakuan ‘boo’ di dalam Dewan Merdeka kepada pembahas semalam.
Sehari sebelum Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat ucapan dasar, geng broker sudah bergerak mencari mangsa yang mereka boleh lakukan perancangan untuk memalukan Zahid.
Menurut sumber, geng broker membayar sejumlah wang supaya membuat provokasi di dalam dewan apabila ada pembahas menyokong usul “tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden”.
Hasilnya, mangsa yang mengambil duit upah melakukan provokasi “memBoo” pembahas yang menyokong usul tersebut. Bagi geng broker, walaupun tidak ramai yang menyambut provokasi murahan tersebut namun apa yang penting adalah kononnya berjaya mencalarkan imej Zahid sebagai Presiden.
Langkah geng broker tidak akan berakhir di PAU kerana mereka mempunyai agenda yang lebih utama dan besar iaitu membawa UMNO kepada Muhyiddin untuk dikuburkan.
Jika perwakilan tidak memahami perbezaan antara ‘perlembagaan’ dan usul ‘kesepakatan’, bagaimana ahli akar umbi akan faham?
Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, saudara Isham Jalil, hakikatnya apa yang diinginkan oleh Presiden adalah menyuburkan demokrasi di dalam UMNO secara nyata apabila membuka ruang seluasnya kepada perwakilan membuat keputusan berhubung isu pemilihan jawatan pada penggal yang akan datang.
Perwakilan kali ini diberi peluang untuk memberi pandangan di dalam perbahasan dan keputusan akan dibuat secara konsensus. Suara terbanyak bakal menjadi keputusan rasmi parti.
Agenda pemilihan jawatan tertinggi parti bukanlah agenda penambahan di dalam perlembagaan parti tetapi hanyalah pungutan suara antara perwakilan.
Baca selanjutanya di sini:-