December 18, 2024

AHLI UMNO samada perwakilan atau hadir memberikan sokongan di luar dewan pada Perhimpunan Agung UMNO terkejut apabila Khairy Jamaluddin membuat dakwaan liar dengan berniat jahat bahawa wujudnya ‘perwakilan hantu’ ketika undian tentang kesepakatan usul dijalankan.

Tindakan KJ begitu terdesak, bukan sahaja untuk terus menerus memburukkan imej Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malah tidak putus asa mencipta provokasi murahan supaya beliau menang mudah sekiranya bertanding.

Geng broker mula melakukan fitnah jahat dengan menyebarkan berita kononnya sektariat UMNO melakukan penipuan ketika pengundian berlangsung.

Satu video yang memaparkan adanya aktiviti penipuan. Sebenarnya pengundian dijalankan dengan tunjukkan sokongan secara “bangun berdiri” di dalam dewan dan boleh dilihat perbezaan jumlah perwakilan yang bersetuju dan sebaliknya. Saksi kepada sokongan terhadap usul tiada pemilihan adalah kesemua perwakilan yang berada di dalam dewan itu sendiri.

Seterusnya serangan jahat geng broker ini ialah tentang tuduhan liar KJ berkenaan adanya perwakilan hantu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil minta KJ kemukakan bukti.

KJ bukannya tidak pernah berada di dalam Dewan Merdeka selama menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Adakah begitu mudah membawa masuk individu yang bukan perwakilan ke dalam perhimpunan yang dikawal rapi ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *