December 18, 2024

ISU pemilihan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO menjadi topik hangat pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Hari ini beberapa orang perwakilan dari beberapa negeri yang mengambil bahagian di dalam sesi menyokong ucapan dasar presiden diganggu oleh sekumpulan perwakilan yang tidak puas hati apabila wakil negeri tersebut majoritinya mengusulkan tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Tindakan segelintir perwakilan berpekik sorak “boo” kepada pembahas dilihat tidak matang. Budaya UMNO tidak begitu, itu budaya geng broker yang meniru cara Muhyiddin terpekik terlolong di pentas ceramah.

Riuhnya berkocak geger sehinggakan geng broker mengambil lesempatan kononnya majoriti perwakilan inginkan kesemua jawatan dipertandingkan.

Realitinya sejak semalam hanya 3 perwakilan, dua dari pembahas sayap wanita dan seorang dari sayap pemuda.

Sehari sebelumnya pula seramai 140 orang Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara bersepakat supaya kedua jawatan tertinggi itu tidak dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan.

UMNO perlu melalui fasa pemulihan yang segera bagi menghadapi pilihanraya Dun tidak lama lagi dan penelitian perlu dibuat termasuk strategi untuk bangkit kembali terutama bagaimana untuk menambat dan meyakinkan hati rakyat.

Keputusan penting perlu dibuat supaya UMNO tidak terikut dengan rentak yang dirancang secara halus oleh geng broker.

Semalam Geng broker telah menyusun bagaimana mana-mana pembahas yang membawa pandangan supaya pemilihan berlaku di kesemua peringkat akan di tularkan di kesemua platform media milik mereka.

Ironinya apabila suara majoriti besar dari Ketua Bahagian UMNO bersolidariti menyokong supaya jawatan presiden tidak dipertandingkan pula dilabelkan tidak mewakili suara akar umbi tidak sebagaimana suara dari 3 perwakilan dari sayap UMNO.

UMNO ada acuan sendiri dan bukan bergerak dengan acuan pihak broker yang berkepentingan peribadi.

Geng broker yang datang menjadi perwakilan hanya sekadar memenuhi kehendak tokey mereka sahaja manakala geng broker yang di rumah pula sibuk membuat konten TikTok berdurasi pendek kononnya seluruh perwakilan menolak cadangan tiada pertandingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *