December 18, 2024

KESAN dari kekalahan pada pilihanraya umum ke-15 yang lalu ke atas diri Khairy Jamaluddin nampaknya semakin parah.

Parah kerana tidak dapat menerima hakikat beliau kalah dengan calon Pakatan Harapan yang tidak popular malah lebih memalukan, KJ kalah dengan calon yang tidak pernah merosakkan nama baik presiden parti sendiri.

KJ kalah kerana kempennya yang mengarut. Mana ada calon yang berkempen minta diundi supaya beliau boleh menjadi Perdana Menteri. Tidak masuk akal calon yang bertanding berceramah mengutuk presiden sendiri.

KJ jadi gila kerana sudah tidak mampu menarik perhatian dan sokongan majoriti dari Ketua Bahagian.

Kalau KJ berani kenapa tidak umumkan secara rasmi bahawa beliau akan bertanding jawatan Presiden? UMNO adalah parti yang amalkan demokrasi. Setiap pandangan ahli diambil kira dan bukannya pandangan dari KJ sahaja yang betul. Pandangan dari Ketua Bahagian juga perlu diberi perhatian.

Kenapa KJ masih berlapik dan berkias bahawa “beliau atau sekutunya” akan bertanding?

Kenapa KJ guna ayat “sekutu” ketika tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Anwar?

Adakah KJ sudah turun taraf menjadi balaci kepada individu tertentu?

KJ sendiri sebenarnya tahu bahawa selama ini beliau berada di lingkaran kepimpinan UMNO adalah kerana bantuan dan sokongan orang lain.

KJ berada di dalam dunia kepimpinan UMNO bermula dari sayap pemuda adalah kerana menumpang bapa mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.

KJ menang bertanding melawan Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo bagi jawatan Ketua Pemuda pada ketika itu adalah kerana sokongan Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.

Apabila kedua figura UMNO ini sudah tiada di dalam lingkaran kuasa UMNO maka KJ kalah teruk ketika bertanding jawatan Presiden melawan Zahid dan Ku Li.

Bukan setakat kalah di pemilihan UMNO, KJ kalah di pilihanraya umum yang lalu. Terbukti selama ini KJ menang kerana menumpang aura seorang “Presiden UMNO”.

KJ ingat Zahid penakut? Awal-awal lagi Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau bersedia untuk pertahankan jawatannya.

KJ tidak perlu menjadi barua orang lain atau balaci geng broker, kalau berani maka umumkanlah kesediaan untuk bertanding.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *