November 16, 2024

JAWATAN Presiden UMNO melalui fasa pemilihan 1987 ketika Mahathir menjadi presiden dan selepas Najib Razak melepaskan jawatan tersebut kerana UMNO-BN kalah teruk buat pertama kalinya pada pru14.

Pemilihan pada tahun 2018 itu menyaksikan pertembungan 3 penjuru antara Zahid, Ku Li dan KJ.

Pada awalnya ahli dihidangkan dengan drama KJ pergi berjumpa dan memujuk Ku Li supaya melawan Zahid tetapi KJ membuat keputusan drastik apabila beliau turut bertanding. Ku Li tertipu dengan permainan KJ.

Di sinilah ahli UMNO boleh melihat bahawa KJ sememangnya tidak menyukai Zahid kerana bersungguh memujuk Ku Li agar Zahid tidak menang dengan mudah bagi jawatan Presiden.

Akhirnya ahli UMNO membuat keputusan, Ku Li dan KJ tewas kepada Zahid.

Sebagai sebuah parti umat Melayu terbesar di dunia, UMNO tidak pernah menghalang demokrasi. Semua pandangan diterima dan berkempenlah secara bersih supaya pemimpin yang dilahirkan nanti mampu membawa parti ke tempat yang sepatutnya dan sentiasa diterima rakyat.

Kini KJ kembali lagi sekali dengan isu pemilihan jawatan presiden. KJ marah apabila 140 orang Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara bersetuju dan sepakat bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Modus operandi yang sama KJ gunakan cuma kali ini beliau menggunakan pendekatan tidak berdrama memujuk sesiapa lagi buat masa ini.

KJ mulakan dengan kempen akan tetap sokong Anwar sekiranya beliau atau sekutunya menang di dalam pemilihan kali ini. KJ tidak menamakan siapakah sekutunya.

Pada 17 Oktober 2020, KJ bertegas menolak Anwar sebagai PM, ketika itu Zahid telah pun umumkan – “No Anwar, No DAP dan No PPBM”.

KJ hilang arah di dalam menyusun kempen melawan presiden UMNO. Apa yang Zahid lakukan, KJ akan meniru langkah Zahid.

Menurut pemerhati, Zahid adalah pemimpin berjiwa rakyat dan begitu dekat dengan ahli parti kerana perjalanan politiknya melalui pelbagai warna sejak di awal beliau menyertai UMNO.

Tiada jalan mudah bagi Zahid. Semua jawatan yang disandangnya adalah melalui pemilihan dan bergantung hanya kepada ‘true leadership’ dan bukannya kepada ayah atau mertua.

Mendaki kejayaan sebagai pemimpin yang mendapat sokongan dan kepercayaan akar umbi.

Beliau akan tewas sekiranya pemilihan kali ini adanya amalan rasuah kepada perwakilan.

Misteri RM4 bilion lebih yang dianggarkan telah dikumpul oleh suspek projek pakej rangsangan ketika darurat berjumlah RM92.5 bilion masih belum terungkai.

Di mana duit tersebut sekarang dan siapa penerimanya? Dan sekiranya geng broker yang masih bebas bergerak dari dalam UMNO turut serta di dalam pemilihan, natijahnya UMNO bakal dijual kepada Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *