October 16, 2024

Khairy Jamaluddin perlu jawab samada beliau sanggup bertanding melawan jawatan presiden UMNO atau beliau hanya sekadar budak suruhan individu lain yang ingin bertanding jawatan tersebut?

Ahli UMNO ingat KJ yang akan bertanding kerana beliau yang nampak macam orang tak keruan melalak marahkan 140 orang ketua bahagian yang bersepakat supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingankan.

Lenggok bahasa badan KJ menunjukkan beliau hanyalah budak suruhan sahaja mungkin kerana beliau sudah trauma kalah kepada Zahid pada pemilihan jawatan tersebut di penggal yang lalu.

KJ sepatutnya terus menyahut cabaran Zahid dan bukannya terus membuat laporan di akaun Tiktok seolah beliau sedang menyampaikan isyarat kepada “sekutunya”.

Sejarah kemenangan KJ di dalam pemilihan UMNO adalah kerana menumpang populariti orang lain. Sekarang Pak Lah dan Najib bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, KJ ingin bergantung kepada siapa pula kali ini, Hishammuddin?

Jawablah KJ, bukan jadi balaci geng broker.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *