December 18, 2024

SOLIDARITI kepada kepimpinan utama parti bagi mengelakkan perpecahan terus menerus berlaku maka 140 orang Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara menyatakan kesepakatan agar dua jawatan utama, presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada penggal ini.

UMNO perlu dipulihkan dengan segera sebelum pilihanraya Dun bagi beberapa negeri di dalam waktu yang terdekat. UMNO tiada pilihan jika ingin menarik dan meyakinkan kembali hati rakyat.

UMNO-BN pernah bangkit kembali setelah kalah teruk di pilihanraya umum ke-14 dengan memenangi 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri iaitu Melaka dan Johor.

Keputusan di siri pilihanraya tersebut amat membanggakan sehingga di Melaka dan Johor, UMNO-BN menang dua pertiga majoriti.

Kenapa UMNO-BN bangkit begitu cepat ketika itu?

Jawapannya mudah, ahli UMNO di pelbagai peringkat bersolidariti, wujudnya kebersamaan yang kuat dan hasutan jahat dari dalam berjaya dibendung. Dan faktor utamanya adalah walaq kepada pemimpin utama parti.

Namun pihak musuh tidak berdiam diri, musuh tradisi boleh dilihat gerak-laku mereka tetapi kejayaan musuh menghasut ahli UMNO supaya menjadi Kuda Trojan adalah faktor utama UMNO mula berpecah kembali.

Lalu muncul kumpulan yang bergelar Geng Broker. Kerja mereka melaga-lagakan ahli UMNO dari dalam di semua peringkat. Lahirlah pemimpin yang jiwa mereka lebih mengutamakan kepentingan peribadi. Lahirlah pemimpin UMNO yang lebih selesa bersama Muhyiddin Yassin dan akhirnya terbukti merekalah kumpulan yang lari menyembah kepada Muhyiddin apabila UMNO-BN kalah pada PRU15 yang lalu.

10 orang Geng broker ini membuat keputusan tanpa berunding dengan Presiden dan kepimpinan yang lain.

Menurut sumber, dari jumlah 140 orang ketua bahagian seluruh Malaysia, 16 orang daripadanya adalah dari Selangor. (UMNO Selangor berjumlah 22 bahagian).

Bagaimana dengan baki yang lain? Masih berkiblat kepada Muhyiddin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *