December 18, 2024

SESIAPA yang beranggapan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi keseorangan yakni tanpa sokongan padu dari akar umbi UMNO maka telahan mereka adalah silap.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) menjadi saksi dan bukti betapa akar umbi termasuk pemimpin dari 191 bahagian dari seluruh negara masih utuh menyokong kepimpinan Zahid.

Kehadiran perwakilan dari 191 bahagian termasuk dari kepimpinan sayap yang memenuhi Dewan Merdeka dan ini sekali gus menafikan khabar angin yang sengaja ditimbulkan bahawa PAU2022 bakal hambar dengan jumlah kehadiran perwakilan.

Perwakilan hadir dengan semangat ingin mendengar sendiri dari mulut Presiden parti tentang keputusan UMNO-BN menyertai Kerajaan Perpaduan. Keputusan yang dibuat oleh perwakilan ini adalah betul dan tepat kerana tindakan ini boleh menghindarkan ahli dari terjebak dengan putar belit dari geng broker yang berkepentingan politik peribadi.

Presiden UMNO boleh membaca denyut nadi perwakilan yang datang, bukan sahaja Presiden menceritakan perjalanan bagaimana keputusan dibuat secara konsensus malah Presiden dengan tulus mendedahkan siapakah 10 ahli parlimen BN yang lari melutut kepada Muhyiddin.

Presiden juga mendedahkan bagaimana proses keputusan secara konsensus diperolehi walaupun ianya mengambil masa lima hari. Perbincangan dari hati ke hati antara 30 ahli parlimen dan penerangan terperinci kenapa perlu menyertai kerajaan perpaduan sesama mereka.

Malah bagaimana timbang tara dibuat dengan penggunaan pengukuran kesan darurat. Keputusan yang mana boleh menimbulkan darurat kecil atau besar kepada parti diambil kira.

Penjelasan dan luahan hati Presiden disambut dengan perasaan yang bercampur baur oleh perwakilan. Sedih, sayu, gembira dan lega menyelubungi mereka yang hadir. Kepuasan jelas terbayang di wajah semua perwakilan dan inilah hebatnya pemimpin bila tiada apa yang perlu disembunyikan kepada ahli yang setia.

Terbukti Zahid tidak keseorangan dan komitmen perwakilan dari seluruh negara adalah satu semangat baharu kepada sang Presiden.

Sesungguhnya UMNO adalah sebuah perjuangan!

Nama 10 ahli parlimen baca di sini:-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *