AMANAT Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini mendedahkan siapakah 10 orang ahli parlimen yang terlibat menyokong Muhyiddin sebagai PM sebaik saja mengetahui kesemua parti gagal membentuk kerajaan.
Mereka yang terlibat ialah Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong), Wee Ka Siong (Ayer Hitam), M. Saravanan (Tapah), Arthur Kurup (Pensiangan), Wee Jack Seng (Tanjong Piai), Hasni Mohamad (Simpang Renggam), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Jalaluddin Alias (Jelebu), Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah) dan Mohd Isam Mohd Isa (Tampin).
Pengumuman dari Presiden UMNO tersebut sekali gus merungkaikan teka-teki tentang siapakah ahli parlimen UMNO-BN yang begitu licik, tidak setia, tiada solidariti, tidak walaq kepada pemimpin dan sengaja melanggari perjanjian yang mereka tandatangani ketika menerima watikah sebagai calon Barisan Nasional pada PRU15 yang lalu.
Geng broker tersentak dengan ketelusan Zahid mendedahkan nama-nama ahli parlimen tersebut. Mereka lupa Presiden UMNO adalah seorang pemimpin yang telus dan tidak ada apa rahsia yang perlu diselindungkan kepada ahli apabila melibatkan kepentingan UMNO.
Paling penting, ahli memahami bahawa tindakan Zahid mengenakan syarat setiap calon BN ketika itu perlu bersetuju dan menandatangani akuan bersumpah adalah satu tindakan yang bijak dan betul.
Geng broker cuba menidakkan klausa di dalam akuan bersumpah yang menyebut calon bersetuju menyerahkan kuasa berbincang dengan pihak tertentu kepada Presiden parti sekiranya perlu. Presiden juga mempunyai kuasa membawa ahli parlimen secara en-bloc untuk bersetuju dengan keputusan demi kebaikan parti.
Apa yang Zahid tunjukkan ketika itu adalah semangat setiakawan. Tidak membelakangi parti dan bukannya jenis pemimpin gila kuasa. Zahid ada kuasa prerogatif ketika itu namun ahli boleh melihat bagaimana Zahid bertindak dengan berunding untuk capai kata sepakat. Zahid tidak gunakan kuasa yang diberikan kepadanya melalui perakuan akuan bersumpah calon BN ketika itu.
Malah tindakan Zahid mengalu-alukan kedatangan Anwar dan rombongan ahli parlimen Pakatan Harapan bertemu dengan ahli parlimen BN di Hotel Pan Pac juga membuktikan Zahid bersikap telus.
Perwakilan boleh menilai setiap tindakan Zahid selama lima hari selepas keputusan PRU15 dan hari ini sekali lagi perwakilan boleh menyaksikan ketelusan Zahid menceritakan bagaimana UMNO mengambil keputusan menyertai kerajaan perpaduan.
1 thought on “Senarai nama 10 ahli parlimen BN yang rebah di kaki Muhyiddin”