December 18, 2024

DESPERADO, itulah yang boleh dilihat apabila Khairy Jamaluddin berbicara tentang masa depan UMNO-BN. Tiada yang boleh diambil sebagai contoh kerana kelebihannya hanya satu, pandai bercakap di dalam lingkungan kumpulan syok sendirinya sahaja.

Tiba-tiba semalam di Singapura, KJ mengatakan bahawa beliau atau sekutunya akan terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Kali ini nadanya agak berbeza walaupun pendekatan kempennya hampir sama ketika beliau bertanding melawan Zahid pada kali yang pertama di penggal yang lepas.

Waktu itu beliau menggunakan Ku Li sebagai alat. KJ memujuk Ku Li pada mulanya supaya bertanding satu lawan satu dengan Zahid tetapi akhirnya beliau turut serta kerana beranggapan apabila perlawanan tiga penjuru maka beliau boleh kalahkan Zahid. Malang bagi Ku Li kerana dipermainkan oleh KJ. Di sini awalnya KJ bawa gelaran ular.

Kenapa gelaran ular itu melekat makin kuat?

Jawabnya adalah KJ bukan sahaja suka berbohong malah pembelit nombor satu.

Apabila UMNO-BN kalah di PRU14, KJ dengan cepat membuat kenyataan populis bahawa beliau akan menjadi pembangkang yang baik.

Justeru beliau membuat pertemuan dengan Nurul Izzah dan Rafizi kononnya untuk menunjukkan beliau seorang yang boleh diajak berkawan untuk sama-sama menjadi pembangkang yang berprinsip tetapi akhirnya beliau antara yang terawal menerima tawaran untuk menjadi menteri dari Muhyiddin dan prinsip sebenar telah mula ke laut.

KJ tidak pernah ada rasa hormat kepada Presiden UMNO malah peluang yang diberikan Zahid sebagai calon BN di PRU15 bukan digunakan sebaiknya untuk memenangkan kerusi BN tetapi menggunakan pentas ceramah kempen dengan memburukkan presiden UMNO dan memberitahu pengundi bahawa sekiranya beliau menang maka beliau akan teruskan cita-cita menjadi PM. Jenis kempen apakah ini? Bila kalah, beliau mula menuding jari.

Menelusuri sejarah, KJ menang jawatan Ketua Pemuda Malaysia kerana bersandarkan nama mertua yang ketika itu adalah Perdana Menteri. Diberi jawatan Menteri KBS yang selari dengan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Malaysia, punah habis sokongan anak muda terhadap UMNO-BN walaupun bajet yang diberikan untuk menarik hati belia kepada kerajaan UMNO-BN begitu besar jumlahnya.

Bolehkah ahli UMNO percaya pada manusia yang prinsip sebenarnya hanyalah “dengar boleh, percaya jangan?”

Sebelum dapat kuasa, bolehlah kata “sokong Anwar” dan selepas dapat kuasa, nanti dia keluarkan ayat “pergi mampos Anwar”?

Dulu KJ kata “undi PH dapat Zahid” sekarang KJ menjilat?

Adakah KJ sebenarnya mula rasa risau dengan perkembangan mutakhir isu pembelian vaksin covid19 yang dikatakan begitu banyak lebihan tamat tempoh tarikh penggunaannya?

Atau sudah mula kedengaran pembelian vaksin tersebut mula memasuki fasa skandal?

Menyokong Anwar ini kerana takut disiasat?

Siapalah agaknya sekutu KJ yang bakal menerima nasib yang sama seperti Ku Li, dikencing hidup-hidup.

“Once a snake, forever a snake”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *