October 16, 2024

Ada benarnya pengakuan Annuar Musa berhubung beliau memasuki bilik tidur Muhyiddin yang mana melihat dengan matanya sendiri berjuta-juta ringgit ada di situ?

Dari mana Muhyiddin ada duit sebanyak itu?

Adakah bermakna ketika itu Muhyiddin sudah memperolehi wang hasil dari jenayah rasuah terancang atau dari siapa sebenarnya jutaan ringgit wang berkenaan?

Annuar Musa agak sepi sejak ramai bertanya dan memberi penekanan kepada beliau berapa sebenarnya jumlah wang yang beliau ambil atas nama UMNO Sabah yang pada ketika itu sedang menghadapi pilihanraya negeri?

Annuar di dalam pengakuannya mengatakan beliau berjumpa dengan Muhyiddin dan mengadu UMNO-BN tidak mempunyai dana pilihanraya dan Muhyiddin dikatakan memberikan sejumlah wang yang begitu banyak.

Daripada sumber dan berita siasatan SPRM terhadap sejumlah kontraktor yang dikatakan terlibat memberi rasuah antara 3-5-% daripada nilai projek yang diperolehi kepada suspek jenayah yang telah ditahan reman, kontraktor mengaku memberi rasuah dan ini bermakna wang berjumlah lebih RM4.5 bilion telah diberikan kepada pihak tertentu melalui suspek jenayah ini antara tahun 2020 dan 2022?

Nilai keseluruhan pakej rangsangan adalah RM92.5 bilion. Pakej ini diluluskan tanpa melalui kabinet dan parlimen kerana Muhyiddin telah isytiharkan perintah darurat.

Suspek jenayah rasuah ini adalah Adam Radlan yang juga dikatakan adalah sepupu kepada menantu Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin adalah Perdana Menteri ketika itu.

Benarkah jenayah terancang ini berlanjutan kepada zaman Ismail Sabri menjadi PM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *