December 18, 2024

TINDAKAN UMNO Sabah berdasarkan autonomi, tiada kaitan dengan Presiden

Cepat geng broker menjalankan kerja menabur fitnah dengan mencipta naratif bahawa tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin bersama sejumlah ahli dewan undangan negeri UMNO-BN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji adalah arahan dari Presiden UMNO.

Tidak cukup dengan itu, geng broker juga menambah bahawa itu adalah perancangan Zahid-Anwar pada mulanya dan akhirnya Anwar mengarahkan Pakatan Harapan supaya tidak menyokong tindakan Bung Mokhtar untuk menampakkan UMNO-BN buruk. Naratif ini adalah untuk melagakan hubungan antara Anwar-Zahid.

Apa yang berlaku di Sabah adalah keputusan UMNO Sabah sendiri dan tidak ada kena mengena dengan UMNO pusat kerana sejak 2019 lagi UMNO Sabah diberi kuasa autonomi iaitu boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi UMNO di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung UMNO 2019 (PAU 2019).

Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri ketika mengulas diawal kemelut tersebut dengan membuat kenyataan bahawa mengharapkan akan ada formula untuk menyelesaikan masalah ini.

Pada masa yang sama, Anwar juga mengeluarkan kenyataan akan ke Sabah bersama Zahid untuk bertemu dengan pemimpin di sana atas dasar kerajaan negeri Sabah adalah penyokong kerajaan perpaduan.

Kemelut kerajaan Sabah lebih menjurus kepada masalah dalaman pentadbiran dan bukannya perebutan kuasa. Sekiranya perebutan kuasa, Bung Moktar akan membawa ketua parti politik yang menyokongnya ketika sidang akhbar berkenaan. Bung orang lama di dalam politik negeri dan persekutuan. Tindakan Bung hanyalah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Hajiji dan ini boleh diperbaiki.

Naratif geng broker tidak akan terhenti dengan isu sebegini kerana matlamat mereka adalah ingin membawa UMNO-BN sujud di kaki Muhyiddin. Mungkin kerana dana yang mewah sedang menunggu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *