December 18, 2024

MENURUT laporan portal FMT, Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi “orang tengah” dalam pengagihan projek kerajaan bawah Pakej Rangsangan Ekonomi sepanjang 2020 hingga 2022. Suspek lelaki berusia 42 tahun itu juga telah ditahan reman selama 5 hari.

SPRM juga telah membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang atau orang tengah kepada beberapa syarikat untuk memperoleh projek bernilai antara RM50 juta hingga RM500 juta secara runding terus.

Sumber berkata suspek yang ditahan dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor dan “pihak atasan”. Malah beberapa kontraktor yang disoal siasat mengaku bersetuju membayar komisen sebanyak 3 hingga 5% dan dimasukkan ke dalam akaun sebuah parti politik konon untuk tujuan pembiayaan politik.

Supaya isu jenayah rasuah ini tidak menjadi polemik dan rakyat terus menerus keliru maka SPRM perlu mendedahkan parti politik mana yang mendapat manfaat dari jenayah terancang ini.

“Rumor” adalah tidak baik bagi persekitaran kerajaan yang baharu tertubuh selepas pilihanraya umum kerana pelabur inginkan kerajaan yang stabil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *