December 18, 2024

CARA propaganda yang tidak menjadi. Gagal dan kantoi, ibarat sendiri berak dan ekor bergelumang dengan najis. Terheret sekeliling kampung sambil berkokok dengan bau busuk di badan sendiri.

Rakyat Masjid Tanah sendiri tahu permainan politik kotor pihak yang berkepentingan politik di dalam isu banner propaganda. Rumahtangga UMNO-BN satu Melaka sentiasa aman tetapi yang sibuk nak runtuhkan adalah pihak musuh politik UMNO.

Cerita tentang “rakyat mengadu, rakyat datang jumpa” itu sudah lapuk. Taktik tersebut sekadar untuk menarik perhatian sahaja.

Ada sesuatu yang ingin Mas Ermie ingin kongsikan dengan rakyat Masjid Tanah atau ada perkara besar yang cuba disembunyikan dan terpaksa guna isu “banner propaganda” sebagai alasan untuk mengalihkan isu?

Menurut sumber, kerusi parlimen yang Mas Ermie menang pada pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini berada di dalam keadaan tidak selamat? Benarkah sedang disiasat ekoran tertangkapnya ejen perasuah undi dengan jumlah yang banyak dan sejumlah saksi juga sudah memberi keterangan?

Isu Ketua Menteri Melaka telah dijelaskan sendiri oleh tuan tubuh dan Mas Ermie yang terlambat cuba mengeruhkannya.

Lihat ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *