December 18, 2024

Satu kesalahan yang terlalu berat dilakukan oleh Hishammuddin dan perlakuan beliau didedahkan sendiri oleh Presiden PAS, Hj Hadi.

Hishammuddin bertindak membawa surat akuan bersumpah ahli parlimen BN yang menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin bagi menjayakan cita-cita Perikatan Nasional menubuhkan kerajaan sebaik sahaja keputusan pilihanraya umum ke-15 diperolehi.

Tanpa perbincangan dengan Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi, Hishammuddin membuat keputusan sendiri seakan beliau adalah pemegang mandat UMNO-BN. Tindakannya menyebabkan hampir berlaku perpecahan yang amat besar kepada UMNO-BN ketika itu.

Geng broker memainkan naratif bahawa Hishammuddin adalah hero yang cuba menyelamatkan UMNO-BN. Hero apakah yang tindak seperti pencuri? Bertindak sembunyi-sembunyi dan melanggari hirarki parti?

Bertindak tanpa berfikir dan bertindak hanya untuk kepentingaj diri dianggap hero? Apa janji Muhyiddin kepada Hishammuddin? Menteri Kanan Pertahanan? Untuk berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah terlalu sukar kerana Muhyiddin lebih utamakan wakil PAS.

Bagaimana pula dengan 10 orang ahli parlimen BN yang lain? Dijanjikan menteri atau timbalan menteri atau hanya sekadar pengerusi GLC? Tidak mungkin Muhyiddin membelakangi ahli parlimen PPBM dan PAS.

Jika diamati, Hishammuddin adalah seorang pencuri peluang mudah untuk mendapat jawatan. Beliau menjadi menteri ketika Muhyiddin dan Ismail menjadi PM bukan kerana kedudukan beliau dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Tidak pasti beliau mempunyai kelebihan di bahagian apa sebenarnya.

Rapat dengan negara Arab, itu hanyalah kerana Najib yang perkenalkan. Menjadi menteri pertahanan pun gagal apabila undi tentera tidak memihak kepada BN sebaliknya memihak kepada PPBM yang timbalan menterinya dari parti tersebut.

Hampir kesemua peti undi tentera UMNO-BN kalah samada di pilihanraya kecil, pilihanraya negeri dan pilihanraya umum.

Hebat Hishammuddin di mana?

Akhirnya geng broker menjadikan Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan. Selagi ada Zahid di posisi Presiden parti maka Hishammuddin dan kuncu macainya sukar untuk membawa UMNO-BN sujud kepada Muhyiddin.

Ahli UMNO bakal menentukan hala tuju dan nyawa UMNO pada pemilihan akan datang.

Undi Hishammuddin dapat Muhyiddin
Undi Ismail dapat Muhyiddin
Undi Zahid dapat UMNO-BN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *