December 18, 2024

SERANGAN geng broker memasuki fasa memfitnah, mengheret PDRM bantu Zahid?

Semakin tertekan nampaknya geng broker berhaluan Hishammuddin dan Ismail apabila mula mengheret Kementerian Dalam Negeri bakal membantu Dato Seri Dr Ahmad Zahid sekiranya ada individu yang akan melawan Zahid.

Menurut status terbaharu geng broker pro Hishammuddin dan Ismail:


“Dalam beberapa minggu ini saya dihubungi oleh pelbagai lapisan pimpinan UMNO, dari Ahli MKT sehinggalah Ketua UMNO Bahagian.

Saya beritahu mereka bahwa peluang untuk sesiapa sahaja menewaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO sangat tipis.

Beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang mempunyai jaringan seluruh negara.

Beliau juga orang yang menguasai jentera parti dari jawatankuasa disiplin, jawatakuasa pemilihan sehinggalah kepada jaringan pentadbiran bahagian-bahagian.

Beliau juga akan disokong oleh jentera-jentera kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang pimpin oleh operator jajaran baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Kita akan lihat sedikit masa lagi cawangan khas dan sebagainya akan mula beroperasi untuk membantu kemenangan Ahmad Zahid.

Masuk bertanding jawatan Presiden UMNO adalah membunuh kerjaya politik. Lihat apa terjadi kepada Khairy Jamaluddin sehingga saat akhir hampir tidak diberi kawasan bertanding. Akhirnya dapat di kawasan mustahil untuk menang.

Namun saya beritahu mereka juga bahawa UMNO telah kalah. Naratif utama kekalahan adalah Presiden UMNO.

Sekarang makin ramai orang Melayu tinggalkan kita apabila bekerjasama dengan Anwar dan DAP. Bukan Melayu pun tidak suka kepimpinan kita namun mereka menyokong di depan untuk memastikan Anwar dan DAP kekal kerajaan.

Jadi harus ada pemimpin UMNO yang mempunyai kebolehan kepimpinan di peringkat nasional dan antarabangsa berkorban diri bertanding bagi memulihkan parti ini.

Umno juga perlu calon Perdana Menteri untuk Malaysia dalam PRU16 nanti.

Orang seperti Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Hishammuddin sudah berada di puncak kuasa sekian lama.

Kini masa untuk mereka pula mengorbankan diri menentang Ahmad Zahid dan memberi peluang ahli membuat pilihan sama ada mahu menyelamatkan parti atau tidak.

Kalau kalah pun mereka boleh bersara dengan tenang, memikirkan mereka telah menawarkan pilihan dan ahli telah membuat leputusan.

Ketua-Ketua UMNO bahagian juga harus berani berkorban meninggalkan janji projek, calon dan lantikan GLC demi pemulihan parti.” – Ab Jalil Backer.

Nama-nama seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution (Menteri KDN), Khairy Jamaluddin menjadi subjek serangan fitnah manakala nama Hishammuddin dan Ismail Sabri turut dipetik berkemungkinan untuk mengacah supaya masuk bertanding. Kedua nama tersebut dikatakan mempunyai hubungan dengan geng broker berstatus penggiat facebook. Betulkah kedua figura geng broker tersebut adalah bekas “tokey”?.

Pihak yang terlibat samada dari KDN dan juga dari Zahid perlu membuat laporan polis supaya imej KDN dan TPM dapat dibersihkan.

Memfitnah Zahid berhubung kedudukan Kj di dalam PRU15 adalah fitnah sama sekali. Zahid membuat pengakuan bahawa KJ sendiri memilih untuk bertanding di Sungai Buluh.

Memfitnah Zahid bakal dibantu oleh KDN melalui agensi cawangan khas adalah pertuduhan yang terlalu berat, Zahid pernah bertanding tiga penjuru melawan Ku Li dan Kj. Ketika itu Zahid menang dan UMNO BN bukannya di dalam kerajaan.

Mendakwa Zahid mempunyai jaringan di seluruh negara melalui kementerian yang diterajuinya juga merupakan fitnah jahat. Zahid bukan sehari dua di dalam dunia politik negara dan lingkaran politik UMNO. Zahid melalui jalan yang beranjau dengan berdepan dengan proses pemilihan sejak dari jawatan Ketua Pemuda Malaysia, Naib Presiden dan Presiden UMNO. Sejak bila Zahid bergantung kepada kementerian untuk menang?

Dari menjadi gurka facebook Muhyiddin melompat kepada Ismail dan Hisham? Terdesak sangatkah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *