December 18, 2024

MUHYIDDIN berada di London di dalam rangka percutian bersama keluarga. Ismail Sabri pula berada di Dubai dan juga sedang bercuti bersama anak, isteri dan ahli keluarga.

Gambar Muhyiddin sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah tersebar dan dikatakan percutian tersebut turut diisi pertemuan dengan seorang penulis blog politik yang tersohor dengan serangan cerita rekaan separuh benar dan tidak benar terhadap sasaran yang dipilih oleh “funder”?

Mungkin kebetulan, tiba-tiba sahaja keluar satu kenyataan dalam bentuk rakaman video dari penulis tersebut bahawa kekalahan UMNO di PRU15 adalah disengajakan oleh Zahid? Tiba-tiba sahaja serangan melulu tersebut muncul dari UK.

Pemerhati politik coffee house mula hangat berbincang sambil menyusun “puzzle”. Hampir sama waktunya antara Ismail dan Muhyiddin bercuti. Dengan teknologi terkini, untuk mengelakkan dirakam atau terdedah kepada pihak lawan, panggilan dengan aplikasi video antara London-Dubai boleh dibuat dengan peranti telekomunikasi antara dua negara yang moden itu.

Tidak salah merancang untuk berlawan sesama sendiri tetapi menjadi dayus apabila tujuan utamanya adalah untuk bawa UMNO kepada Muhyiddin. Atau mungkin ada kaitan dengan pendedahan Mukhriz tentang bajet khas PM dan TPM yang berjumlah lebih dari RM10bilion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *