October 16, 2024

REGU untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO pada pemilihan akan datang. Hishammuddin mengekalkan rakit yang beliau bina selama ini di dalam lingkaran politik UMNO.

Hishammuddin memilih Kj sebagai gandingannya seperti beliau pernah bersama Kj ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia satu ketika dahulu.

KJ menantu Abdullah Ahmad Badawi dan Hishammuddin adalah anak Tun Hussein bekas PM dan juga cucu kepada pengasas UMNO, Onn Jaafar. Ini adalah kelebihan utama Hishammuddin dan Kj untuk bertanding melawan Zahid.

Menurut pemerhati, Hishammuddin menolak Ismail Sabri kerana Ismail terlalu banyak isu terutama kegagalannya sebagai poster boy pada pru15 baru ini selain isu kronik yang melibatkan pegawai Ismail termasuk isu dakwaan rakaman suara yang dikatakan milik Setiausaha Politiknya berkaitan Najib Razak. Ahli UMNO begitu berang apabila mendengar rancangan “membunuh” Najib dengan menghantarkannya ke penjara dengan “segera”.

Walaupun kes tersebut telah dilaporkan kepada polis tetapi menurut pemerhati, naka baik Ismail agak tercemar.

Hishammuddin telah mendapat sokongan daripada beberapa ketua cawangan terutama daripada bahagian Adham Baba yang dikatakan telah membuat “Deklarasi Surabaya” dengan menyatakan sokongan agar Hishammuddin bertanding melawan Zahid.

Kj kalah di kerusi Parlimen Sungai Buluh dan masih tercari rentak mengekalkan keutuhan nama di pasaran UMNO. Terkini, Kj telah menjadi ahli UMNO di Sungai Buluh.

Kelancangan mulut Kj menjadikan beliau dipilih sebagai kuda perang oleh Hishammuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *