December 18, 2024

MANA yang lebih logik?

UMNO sengaja kalah untuk jatuhkan Zahid

ATAU

UMNO sengaja kalah untuk jatuhkan Ismail Sabri – kata Raja Petra

Analisa yang dibuat oleh penulis blog politik yang condong “ikut tuan” ini berdasarkan pembuktian fakta apa?

Bukankah Ismail Sabri dipersetujui menjadi Poster Boy dan sekali gus adalah calon PM10 bagi UMNO-BN sekiranya menang PRU15?

Persetujuan tersebut datangnya bukan dari Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid sahaja tetapi mendapat dokongan penuh dari Top-5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan seluruh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri juga. Ditambah pula mendapat endos dari perwakilan UMNO dari negara.

Kenapa Raja Petra cuba alihkan isu menyalahkan orang lain sedangkan sebagai bakal PM10 dari Barisan Nasional, adakah cukup bagi Ismail Sabri duduk bersilang kaki di Bera sahaja? Paling jauh Ismail ronda ketika tempoh berkempen adalah menjengok ceramah Khairy Jamaluddin di Sungai Buluh dan meninjau kempen Hishammuddin Hussein di Sembrong. Begitukah lagak seorang poster boy dan juga bakal PM10?

Apa yang Ismail Sabri buat di sepanjang tempoh berkempen yang mana beliau ketika itu masih berjawatan Perdana Menteri? Apa yang pasukan strategik komunikasi seorang PM buat untuk menarik perhatian rakyat kepada Barisan Nasional? Ismail Sabri mengharapkan Zahid bekerja seorang diri?

Mungkin siber truper yang berpengkalan di UK ini matanya telah ditutup dengan “queen note”?

Siber truper UK ini cuba menutup cerita bagaimana siri ceramah kempen Khairy Jamaluddin yang terang-terang menyerang Zahid. Betulkah cara KJ berceramah dengan menyampaikan hasrat ingin menjadi PM sebagai modal tarikan untuk memperolehi undi?

Siber truper dari UK ini juga tidak mampu membaca gerak terancang dari Hishammuddin? Bagaimana dengan cepat beliau sudah ada 10 surat akuan bersumpah dari ahli parlimen BN yang sanggup berlutut kepada Muhyiddin? Nampaknya Hishammuddin telah merancang dari awal sekiranya UMNO-BN kalah dan perlu bergabung.

Tidak salah membuat analisa politik berdasarkan aliran duit kopi tetapi biarlah analisa itu betul dan berbaloi dengan dedak yang diperolehi.

Zaman kehebatan penulis blog dari UK sudah berlalu kerana telah melakukan penarafan kendiri yang mana nilainya cukup teruk, bawah paras negatif.

Jadi, siapa sebenarnya yang mengatur dan mengawal UMNO supaya tidak menang besar?

Presiden UMNO sejak awal memilih calon lagi telah mengambil langkah kawalan pencegahan agar tiada lagi calon yang belot apabila mengenakan syarat menandatangani surat akuan bersumpah yang di antara kandungannya bersetuju memberi kuasa rundingan mutlak kepada Presiden secara “en-bloc” sekiranya perlu.

Dan Allah tunjukkan bagaimana cara Presiden UMNO bernegosiasi dengan parti yang menang. Tenang, sabar dan cuba mendapatkan konsensus ahli parlimen BN walaupun beliau sudah mempunyai kuasa melalui SD itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *