December 18, 2024

Selepas Ayam dan Telor, kini Babi dijadikan isu oleh Perikatan Nasional

“Read between the lines” dengan konteks yang lebih luas, harmoni dan mendalam ke arah negara majmuk.

Bermula dengan isu harga ayam dan stok telor malah sebenarnya adalah harga barang keperluan harian rakyat secara keseluruhannya yang sedang diselesaikan oleh kerajaan perpaduan dan bukan hanya tertumpu kepada harga ayam dan kekurangan bekalan telor di pasaran.

Pihak yang suka mengambil kesempatan adalah geng broker dan Perikatan Nasional. Kumpulan ini akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh dijadikan modal supaya Kerajaan Perpaduan dibenci oleh rakyat. Kumpulan ini sedang berusaha mengalihkan isu kegagalan mereka selama 33 bulan menjadi Kerajaan.

Masalah harga barang dan stok keperluan harian adalah impak daripada kerajaan sebelumnya. Kegagalan mengawal, merancang dan melaksanakan ketegasan terhadap kartel yang menguasai pasaran barangan keperluan tersebut mengakibatkan kesan rantaian berlaku secara berpanjangan.

Harga ayam dan stok telor sudah memulih dengan langkah yang dibuat untuk jangka panjang dan pendek, kini tumpuan terarah pula kepada isu harga babi kerana menghampiri Tahun Baru Cina. Tiada yang pelik apabila kerajaan bertindak untuk mengekang manipulasi kartel termasuk yang menguasai pasaran babi.

Menggunakan isu babi dengan naratif cuba mengapi-apikan melalui sentimen perbezaan fahaman, agama dan bangsa adalah propaganda yang keterlaluan dan kebudak-budakan.

Kerajaan Perpaduan bertindak menyelesaikan masalah rakyat secara menyeluruh dan bukan berasaskan kepentingan satu kaum sahaja.

Macai, broker yang diupah untuk mengelirukan rakyat semakin mahal harganya, lebih pada harga seekor babi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *