September 20, 2024

PRESIDEN PAS Haji Hadi Awang yang juga ulamak parti PAS yang sentiasa menjadi sumber rujukan utama ahlinya terutama berkaitan hukum-hakam Islam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa “mengikut konsep kehakiman Islam, orang yang dituduh belum salah lagi”.

Malah Haji Hadi juga turut menjelaskan bahawa konsep kehakiman barat juga begitu.

Musuh UMNO-BN luar dan dalam semakin galak memainkan naratif bahawa Zahid seakan telah bersalah kerana sedang dibicarakan di mahkamah.

Geng broker politik yang taksub kepada Muhyiddin samada dari kem Hisham atau Ismail, alasan Zahid ada kes di mahkamah turut digunakan di dalam kempen mendesak Zahid melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO. Ini adalah jalan pintas untuk geng broker membawa UMNO-BN kepada Perikatan Nasional. Matlamat geng broker ini adalah untuk memastikan kerajaan perpaduan tidak bertahan lama.

Musuh politik luar UMNO bergabung dengan geng broker yang menjadi kuda trojan di dalam UMNO-BN melihat bahawa Zahid adalah satu-satunya cara untuk menguburkan UMNO, tiada Zahid di posisi Presiden maka mudahlah proses untuk tamatkan riwayat UMNO-BN dan kesemuanya akan bernaung di bawah Muhyiddin.

Bukan sedikit modal yang digunakan baik daripada geng broker mahu pun dari musuh politik UMNO-BN. Lebihan daripada pilihanraya umum yang lalu masih banyak dan gerakan meruntuhkan UMNO sedang giat berjalan.

Hingga ke saat ini Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mendapat kepercayaan majoriti ahli UMNO samada di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua Bahagian dan ahli di akar umbi. Zahid telah dinilai sebagai seorang pemimpin yang mempunyai “wisdom”sejak memegang jawatan presiden tanpa apa-apa jawatan di dalam kerajaan.

Majoriti ahli UMNO yakin Zahid dianiaya dengan kospirasi melalui pertuduhan terancang dan yakin Zahid akan berjaya melalui kesnya melalui pembuktian yang jelas wujudnya perancangan jahat tahap tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *