November 16, 2024

SEMAKIN dekat dengan pemilihan parti maka semakin kuat serangan dan tekanan yang terarah kepada Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi.

Naratif yang dimainkan oleh beberapa kumpulan dari berlainan ketua atau individu yang berkepentingan adalah sama seakan ada kesepakatan kerana menurut sumber dalaman, kesemua kumpulan adalah pro kepada Perikatan Nasional, lebih tunduk kepada Muhyiddin daripada taat kepada kepimpinan parti sendiri.

Kumpulan terbaru yang muncul adalah geng broker Hisham dan 10 ahli parlimen. Geng ini terbongkar setelah presiden PAS sendiri yang membuat pengakuan bahawa Hisham adalah individu yang bersungguh membawa 10 surat akuan bersumpah dari ahli parlimen BN untuk taat setia dan menyokong Muhyiddin sebagai PM10.

Sumber juga mendedahkan bahawa Hisham adalah budak Muhyiddin sejak awal Hishammuddin terjun ke dunia politik. Beliau tiada bakat tetapi Muhyiddin hanya menggunakan beliau kerana menumpang nama bapa dan datuknya sahaja. Dua figura politik negara yang akhirnya gagal ketika menjadi pemimpin nombor satu UMNO.

Kempen memburukkan nama baik Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin giat berjalan adalah untuk mengalihkan perhatian bagi menyelamatkan belas PM, Ismal Sabri.

Kebanyakan ahli UMNO menyalahkan Ismail kerana lambat membubarkan parlimen. Ketika petunjuk momentum rakyat telah mula kembali yakin dengan Barisan Nasional dan UMNO, Ismail tidak mampu menahan diri daripada menjadi tamak untuk terus berkuasa sebagai Perdana Menteri. Ismail khayal dengan kerusi PM dan mula merasakan diri di puncak kuasa.

Dengan Najib telah ke penjara dan Zahid bakal menyusul maka strategi melambatkan pembubaran parlimen adalah hala terbaik Ismail? Melambatkan parlimen dibubar dan dalam waktu yang sama kes Zahid sedang berjalan dengan pantas? Akhirnya keputusan Ismail menyebabkan UMNO-BN kalah teruk.

Ismail yang bersungguh menjalankan kempen meminta sokongan daripada ketua bahagian UMNO dan BN supaya beliau menjadi poster boy dan seterusnya menjadi PM10.

Ismail jugalah yang bersungguh supaya hanya dirinya sahaja yang dicalonkan sebagai poster boy dan calon PM bagi BN. Ahli UMNO merungut, kalau Ismail poster boy kenapa hanya melawat kempen KJ dan Hishammuddin sahaja sepanjang kempen PRU15?.

Kedudukan Ismail sebagai PM9 akhirnya membuktikan bahawa beliau bukan “daya penarik” kepada rakyat. Penolakan yang kuat berlaku kerana Ismail gagal menyerlah sebagai PM9.

Ismail lebih menyerlah sebagai pembaca laporan kematian dan jumlah pesakit covid19 sahaja. Rakyat dan netizen lebih suka dengan persembahan dan backdrop beliau ketika dia membaca laporan harian tersebut. Kerana inilah broker politik upahan berusaha mengalihkan isu yang sebenar siapa punca sebenar kepada kekalahan BN baru-baru ini.

Alasan Zahid ada kes di mahkamah adalah alasan yang lemah. Guan Eng juga berhadapan dengan kes rasuah yang besar jumlahnya tetapi DAP tetap berjaya di PRU15. Jawapan sebenarnya adalah kegagalan Ismail menjalankan tugas sebagai poster boy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *