September 19, 2024

Pengacara Hana Ismail mula menjadi sebutan selepas sah bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed. Boleh dikatakan pasangan ini bercinta selepas nikah kerana berumahtangga hanya selepas sebulan kenal.Sebelum ini, netizen ada meluahkan rasa kurang senang kerana pasangan ini selalu sangat tunjuk kemesraan di media sosial.

Kali ini netizen menegur pula isteri Dai Syed yang dikatakan memakai tudung dengan gaya lilit di bahagian leher. Iyalah, kalau dah lilit mestilah tudung tu tak tutup bahagian dada sepenuhnya kan?

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen memandangkan status suaminya sebagai seorang pendakwah bebas yang pernah menyertai rancangan dakwah.

Dalam pada itu, netizen meluahkan rasa kecewa melihat imej tudung Hana yang dikatakan semakin singkat selepas berkahwin. Betul ke?

Kredit: Instagram Hana Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *