September 20, 2024

TULAR rakaman suara geng broker politik menyerang YB Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Sri Ab Rauf Yusoh berhubung wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dari kerajaan pusat.

Wang peruntukan MARRIS ini dikhaskan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan dan yang berkait dengan infrastruktur berkenaan di setiap negeri.

Mengikut garis panduan tatacara yang disyaratkan oleh kerajaan pusat maka setiap kerajaan negeri perlu mewujudkan akaun khas yang mana peruntukan tersebut akan dicarum terus ke dalam akaun yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri.

Geng broker menuduh dengan niat jahat konon sepatutnya wang peruntukan itu dimasukkan kedalam setiap PBT yang ada di Melaka tetapi Dato’ Sri Ab Rauf menyalahguna kuasa dengan menyimpan dana tersebut di CMI, Chief Minister Incorporated(Perbadanan Ketua Menteri Melaka).

Pada fasa 5 di dalam Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian
Penyenggaraan Jalan Negeri 3.0 ada menyebut:-

TATACARA PENGURUSAN KUMPULAN WANG AMANAH PENYENGGARAAN
JALAN NEGERI (KUMPULAN WANG)

5.1 Penubuhan Kumpulan Wang
5.1.1 Kerajaan Negeri hendaklah menubuhkan satu Kumpulan Wang bagi memperakaunkan terimaan dari Pemberian Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri. Kumpulan Wang ini hendaklah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) (Akta 61) atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan. Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah Akta 61 perlu disenaraikan di Jadual Ketiga Akta 61.

Dari mana geng broker politik mendapat maklumat berhubung tatakelola peruntukan MARRIS?

Mungkin pihak polis boleh menyiasat dengan teliti rakaman suara yang disebarkan kerana ianya bersifat fitnah dan provokasi jahat yang menimbulkan rasa tidak tenteram rakyat terhadap pentadbiran kerajaan negeri Melaka.

Geng broker hanya berani menggunakan rakaman suara dan bukannya berbentuk rakaman video. Takut untuk menunjukkan muka kerana plot dari awal ianya adalah plot fitnah berkepentingan politik sahaja.

Paling memalukan, Dato’ Sri Raof tidak berada di dalam CMI seperti yang disebut oleh geng broker dan geng broker tidak tahu bahawa tugas Dato’ Sri Raof sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan tidak ada kena mengena langsung dengan projek infrastruktur jalan persekutuan kerana MARRIS di bawah Ketua Menteri Melaka sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *