December 18, 2024

SEMAKIN celaru serangan memburukkan imej Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya.

Bermula dengan naratif ada kes di mahmakah, membawa UMNO-BN kepada Dap dan kini kepada UMNO-BN adalah pak turut di dalam kerajaan perpaduan.

Menggunakan penangguhan perlantikan wakil UMNO-BN di Risda sebagai isu untuk menyerang Anwar-Zahid kononnya Anwar hanya akan melantik wakil dari Pakatan Harapan sahaja di dalam anak syarikat milik kerajaan persekutuan.

Geng broker dengan sengaja mengalihkan isu bahawa hubungan antara parti politik di dalam kerajaan perpaduan berjalan dengan begitu baik sekali.

Zahid dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup. Jika diperhalusi, perlantikan Zahid adalah berdasarkan kepercayaan Anwar terhadap Zahid bagi menguruskan masalah rakyat hingga ke akar umbi.

Kedua jawatan kuasa tersebut begitu dekat dengan rakyat. Sekiranya Anwar lebih mengutamakan politik populis, beliau tidak akan membenarkan UMNO-BN mendekati rakyat melalui kedua jawatankuasa tersebut.

Bayangkan, jawatankuasa bencana merangkumi semua lapisan masyarakat termasuk yang kaya, menengah dan miskin. Manakala jawatankuasa kos sara hidup pula meliputi golongan menengah dan ke bawah hingga bawah garis kemiskinan. Anwar memilih untuk tidak menjadikan kerajaan perpaduan sebagai tempat parti politik beradu-lumba berpolitiking tetapi lebih kepada mewakili kerajaan perpaduan ketika berhadapan dengan rakyat.

Pihak anti kerajaan perpaduan sentiasa mencari jalan meretakkan hubungan antara komponan parti yang berada di dalamnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *